Pertahanan skuad kebangsaan Korea Selatan, Kim Min-jae menjadi satu-satunya pemain dari rantau Asia yang tercalon untuk Anugerah Ballon D’Or.

Baca Juga:

Baru-baru ini, 30 pemain lelaki dan wanita telah dipilih untuk Anugerah Ballon D’Or tahun ini selepas menampilkan prestasi cemerlang bersama kelab dan negara masing-masing musim lalu.

Kim Min-jae tercalon dalam senarai tersebut sekaligus menjadi satu-satunya pemain lelaki dari rantau Asia yang tersenarai bagi anugerah paling berprestij itu.

Kim Min-jae
Ballon D’Or

Min-jar menjadi salah satu pemain pertahanan terbaik di Eropah dimana beliau tampil cemerlang musim lalu dengan membantu Napoli memenangi kejuaraan Serie A pertama dalam tempoh 33 tahun.

Prestasi yang ditampilkan Min-jae menarik perhatian beberapa kelab besar di Eropah dan beliau kemudiannya menyertai Bayern Munich.

Musim lalu, rakan sepasukan Min-jae di Korea, Son Heung-min menghuni tangga ke-11 dalam senarai akhir dimana pemain itu muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 23 gol pada musim 2021/2022.

Kapten Argentina, Lionel Messi muncul sebagai pilihan untuk memenangi anugerah tahun ini selepas membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Selain itu, bintang Manchester City, Erling Haaland turut menjadi pilihan dimana musim lalu beliau membantu kelabnya memenangi tiga kejuaraan iaitu EPL, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Selain itu, Halland turut muncul sebagai penjaring terbanyak EPL musim 2022/2023 dengan 36 gol dalam 35 perlawanan.

Pemenang akan diumumkan pada 30 Oktober ini dalam sebuah majlis yang bakal diadakan di Paris.