Seperti yang diketahui, Indonesia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) pada 2021. Mereka kini sedang membentu barisan yang mantap dibawah kendalian bekas pengendali Korea Selatan, Shin Tae-yong.
Malah, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan Bule juga bakal menjadi pengurus skuad garuda muda untuk memantau persiapan pasukan itu.
Menurut laporan daripada suara.com, Iriawan telah mendapat mandat daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk memastikan pasukannya mempamerkan prestasi yang membanggakan dalam kejohanan yang berprestij itu.
“Sudah tentunya kami akan membalas kepercayaan ini menurut arahan daripada pak Presiden dalam mesyuarat dalaman beberapa hari lalu. Untuk prestasi, akan terus dikawal.
“Sementara saya jadi pengurus, saya akan turun ke padang memerhati dan melihat sesi latihan semua pemain,” kata Iwan Bule.
Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan menyambut sekaligus melakukan pertemuan dengan pelatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong.https://t.co/9wgOgf3JRO
— PSSI (@PSSI) July 28, 2020
Pemilihan Iwan Bule sebagai pengurus turut dikritik oleh pemerhati bola sepak Indonesia, Tommy Welly alias Bung Towel melalui laman YouTube.
Beliau berpendapat keputusan tersebut cukup melucukan dan merupakan sejarah baharu bola sepak negara itu.
“Saya agak bingung menyebut istilahnya, apakah sejarah baru, rekod baru, atau mungkin ada istilah baru yang lebih tepat,” kata Bung Towel di channel YouTube miliknya.
“Ini sangat melucukan, kerana menurut saya, dalam sejarah bola sepak Indonesia ini baru pertama kalinya terjadi, Ketum PSSI merangkap pengurus pasukan,” katanya sambil ketawa.
Beliau juga mempersoalkan apakah jawatan tersebut akan melanggar peraturan FIFA kerana jarang Presiden Persatuan dipilih sebagai pengurus untuk pasukan yang bertanding.
“Nah, kalau FIFA meluluskannya, jangan jangan ini yang pertama dalam dunia bola sepak. Presiden sebuah organisasi, ketua umum, exco merangkap ketua jabatan menjadi pengurus skuad kebangsaan,” katanya.
Keputusan Iwan Bule menjadi manajer Timnas U-19 dilatarbelakangi keinginan untuk memantau langsung persiapan Timnas U-19 yang tahun depan akan berlaga di Piala Dunia U-20. Hmmmmm Hmmmmm Hmmmmm Hmmmm pic.twitter.com/KLaAXem40u
— Info Suporter Indonesia (@InfosuporterID) July 29, 2020
Minggu lalu, 46 pemain telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi kejohanan AFC B-19 pada bulan Oktober nanti.
Berdasarkan temubual Shin Tae-yong kepada media Korea Selatan, KBS News, akan ada 30 pemain yang dipilih daripada 46 nama tersebut. Ia bermaksud 16 pemain bakal digugurkan.
30 pemain ini akan dibawa menjalani latihan pusat di Korea Selatan pada 9 Ogos 2020 dan diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan di sana.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Malaysia Jadi Tuan Rumah Perlawanan AFC Champions League Kumpulan G Dan H