Lionel Messi mengemukakan rayuan ke atas penggantungan yang dikenakan ke atasnya.
Messi sebelum ini dibuang padang dengan menerima kad merah terus daripada pengadil selepas menampar Asier Villalibre ketika Barcelona tewas pada masa ekstra dalam aksi Piala Super Sepanyol.
Messi pada awalnya dijangka berdepan dengan hukuman gantung minimum 4 perlawanan dan maksimum 12 perlawanan kerana kelakuan menyerang lawan secara fizikal.
Namun La Liga memutuskan untuk menggantung pemain itu hanya 2 perlawanan.
Barcelona bagaimanapun memgemukakan rayuan untuk mengurangkan lagi hukuman tersebut.
ℹ️ FC Barcelona to appeal Messi suspension
— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 19, 2021
Walauibagaimanapun rayuan tersebut ditolak. Bermakna Messi akan terlepas aksi berdepan Elche dalam aksi di Estadio Martinez Valero. pada Ahad ini.
Ini adalah kali pertama dalam 753 penampilan untuk kelab dalam semua pertandingan yang Messi dibuang padang kerana kad merah.
Here is the Messi red card from tonight.. 🟥🟥🟥
📹 @espn pic.twitter.com/ACff7dY3Zy
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 17, 2021
Pemenang Ballon d’Or enam kali sudah menjalani satu penggantungan, dalam aksi Copa del Rey pada hari Khamis di Cornella.
Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite menjaringkan gol membantu Barca menewaskan pasukan divisyen ketiga.
Messi akan kembali dalam pertembungan fasa 16 terakhir Copa del Rey menentang Rayo Vallecano.
Penggantungan Messi ini jelas sekali meresahkan Ronald Koeman. Kerana pasukannya seringkali bergelut dengan aksi tanpa Messi.
Baca juga perkembangan lain
Juve Juara Piala Super Itali, Pirlo Julang Piala Pertama Sebagai Pengurus