Kementerian Sukan Arab Saudi menyediakan bajet sebanyak £17 bilion (RM99 bilion) untuk kelab Liga Pro Saudi bagi membawa masuk pemain berprofil tinggi sehingga 2030.
Baca Juga:
- Mbappe Lebih Rela Duduk Di Bangku Simpanan Daripada Sertai Kelab Arab Saudi
- Kelab Arab Saudi Mahukan Luis Diaz Pula
- Arsenal Mahu Jual Partey Ke Arab Saudi
Perkembangan itu didedahkan oleh wartawan CBS, Ben Jacobs menerusi laman twitternya.
The Ministry of Sport have allocated £17bn on Saudi Pro League transfers between now and 2030.💷 pic.twitter.com/pVUzCwEnj5
— Ben Jacobs (@JacobsBen) July 24, 2023
Kylian Mbappe adalah antara bintang dunia yang menerima bidaan £259 juta (RM1.52 bilion) daripada kelab gergasi Saudi, Al Hilal. Ia adalah rekod dunia dalam sejarah perpindahan pemain bola sepak.
Juara Arab Saudi 18 kali itu turut menawarkan Mbappe tawaran menarik bernilai RM3.5 bilion setahun, yang akan menjadikannya bintang sukan meraih bayaran tertinggi sepanjang zaman.
Perbelanjaan itu tidak akan terhenti di situ dengan Jacobs melaporkan Neymar dan Luka Modric turut menjadi sasaran beberapa kelab Arab Saudi pada musim panas ini.
Laporan mendakwa Neymar akan memperoleh RM1 bilion setahun jika dia setuju berhijrah, dengan Al-Hilal dikhabarkan merancang bidaan RM222 juta untuk pemain Brazil itu.
Al-Hilal turut menyasarkan Modric dengan perjanjian RM995 juta dan mereka boleh bercita-cita tinggi untuk melakukan perpindahan untuk Robert Lewandowski tahun depan.
Liga Pro Saudi sudah menyaksikan kebanjiran pemain ternama Eropah akhir-akhir ini termasuk pemain bintang Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.
N’Golo Kante, Hakim Ziyech, Wilfried Zaha, Sergio Ramos, Marco Veratti dan Roberto Firmino antara pemain bintang yang ditawarkan kontrak lumayan untuk meninggalkan liga Eropah.
Fenomena itu dianggap sebagai tidak sihat kepada pembangunan bola sepak, menurut presiden UEFA, Aleksander Ceferin. Dia membandingkan kesilapan itu dengan apa yang pernah berlaku di Liga China sebelum ini.
Bercakap kepada wartawan, Ceferin berkata: “Strategi perpindahan di Arab Saudi adalah satu kesilapan kepada bola sepak Arab Saudi itu sendiri.”
“Mereka harus melabur wang itu pada akademi, membawa masuk jurulatih berkualiti dan membangunkan pemain tempatan mereka sendiri.”
“Menandatangani pemain yang sudah berada di hujung karier adalah bukan sistem dalam pembangunan bola sepak.”
“Kesilapan yang sama pernah berlaku di China.”