Federasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) mengesahkan saingan Piala AFF bawah 23 tahun (B-23) akan diadakan di Kemboja pada bulan Februari 2022.
Perkembangan itu diumumkan oleh Presiden AFF, Major General Khiev Sameth selepas melantik SPORTFIVE sebagai rakan kongsi yang akan menyelia semua hak komersial dan media, termasuk dalam penglibatan penajaan pertandingan itu.
Kejohanan itu juga merupakan medan terbaik untuk skuad negara menguji kemampuan pemain sebagai persiapan menghadapi Piala Asia B-23 anjuran AFC di Uzbekistan pada bulan Jun 2022.
“Kami berbesar hati untuk menganjurkan Kejohanan AFF B23 di Kemboja pada 2022 dan berterima kasih kepada AFF atas kepercayaan yang diberikan untuk menganjurkan acara tersebut dengan jayanya.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kejohanan berlangsung dengan selamat untuk semua pasukan yang terlibat dan berharap dapat menjadi penganjur terbaik pada tahun depan,” kata Presiden Kemboja FA, Sao Sokha.
🇰🇭 Morodok Techo National Stadium. pic.twitter.com/kTy66dj8yX
— Asian Football (@AsianFootballs) September 20, 2021
Kemboja kali ini menawarkan stadium baharu yang lebih moden untuk menganjurkan semua perlawanan Piala AFF B-23.
Stadium ini baru siap sepenuhnya sebagai persiapan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2023. Mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 60,000, stadium ini dibuka secara rasmi pada bulan Mei lalu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Undian Kelayakan Piala Asia 2023 Akan Berlangsung Pada Februari 2022