Pasukan Kelantan perlu membawa masuk pemain bintang jika mereka mahu bangkit daripada kejatuhan yang dialami ketika ini dan kembali ke zaman kegemilangan sepertimana sebelumnya.

Perkara itu disuarakan oleh bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam satu dalam forum yang bertajuk ‘Dari Mana Mahu Ke Mana’ anjuran Gabungan Penyokong Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Menurut pendedahan La BOLA Malaya, cadangan tersebut merupakan formula terbaik serta langkah yang sepatutnya kerana sudah terbukti sebelum ini dimana skuad The Red Warriors berjaya memenangi beberapa kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia.

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ubi muda, perlu ada pemain bintang dan berpengalaman. Ia bukan saja menjadi nilai komersil kepada pasukan malah boleh membawa kejayaan.

“Selain penjaga gol, kita memerlukan dua pemain bintang untuk setiap posisi. Sudah tentu kita juga perlu mendapatkan jurulatih yang benar-benar berkebolehan serta pemain import yang bagus,” kata Tan Sri Annuar.

Kelantan
Sumber Gambar: Kelantan FA

Sejak tiga musim kebelakangan ini, pasukan Kelantan sememangnya tidak menampilkan persembahan terbaik kerana terpalit masalah kewangan. Mereka jatuh ke saingan Liga Perdana musim ini setelah menamatkan saingan Liga Super musim 2018 di zon penyingkiran.

Juara Liga Super musim 2011 dan 2012 itu menamatkan saingan Liga Perdana musim 2019 di tangga ke-10, satu mata dibezakan dengan pasukan Sarawak yang menghuni tangga ke-11.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Penaja Kelantan Bakal Dapat Pelepasan Cukai

KAFA Alu-Alukan Tajaan Bagi Perkukuhkan Pasukan Kelantan

Datuk Seri Amril Aiman Ada 16 Pelan Tindakan Ubah Reputasi Bola Sepak Kelantan