Pasukan Kelantan FC nampaknya mengambil serius mengenai cara mereka meraih pendapatan dimana kelab itu membuka sebuah resort yang dinamakan The Red Warriors Resort yang terletak di Langkawi.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman media sosial rasmi pasukan dimana resort patuh syariah itu kini sudah bersedia untuk menerima pelanggan.
Langkah ini dilihat mendapat sambutan hangat dari ramai pihak terutamanya peminat setia pasukan Kelantan di laman media sosial.
Mereka melihat inisiatif Kelantan FC membuka The Red Warriors Resort sebagai salah satu usaha untuk mengelak daripada menghadapi isu tunggakan gaji seperti sebelumnya.
Pada masa yang sama, pihak kelab akan melancarkan Kad TRW untuk penyokong Kelantan tahun hadapan dan ada diskaun yang bakal diberikan kepada pemilik kad.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kelantan FC di sini:
“Kita Sedar Kelantan Semakin Meningkat Selepas Ada Pemilik Baru, Tetapi Apa Saja Boleh Berlaku.”
Afiff Hakimi Diumumkan Sebagai Pemenang Reka Cipta Logo Baharu TRW Kelantan FC