Pemilik TRW Kelantan FC, Tuan Norizam Tukiman membuat keputusan untuk memilih logo rekaan saudara Muhammad Afiff Hakimi Bin Anuar sebagai pemenang utama yang akan membawa wang tunai sebanyak RM3,000.

Melalui pengumuman di laman facebook pasukan itu semalam, logo tersebut dipilih antara yang terbaik dalam senarai 10 logo yang dipamerkan kepada para penyokong TRW Kelantan FC dan akan digunakan sebagai logo rasmi pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Peserta yang dipilih dalam senarai 10 logo ini turut menerima jersi eksklusif oleh pihak TRW Kelantan FC dan pemilihan logo tersebut adalah muktamad serta akan diubahsuai mengikut citarasa pemilik kelab.

10 Logo yang disenaraikan pendek.

Logo Afiff Hakimi dipilih sebagai logo terbaik kerana rekaannya berjaya menunjukkan identiti sebenar pasukan Kelantan.

10 belang merah yang terdapat pada logo tersebut sinonim dengan warna bendera negeri Kelantan untuk menunjukkan 10 daerah yang bergabung menyokong kebangkitan pasukan bola sepak Kelantan.

Pemilihan logo berbentuk perisai bulat pula melambangkan era baharu serta visi dan misi yang jelas serta utuh bagi menggapai kejayaan baharu.

Dua jalur separuh bulat yang terdapat dalam perisai seakan sedang berpusing melambangkan pasukan ini tidak akan mudah menyerah malah mengatur strategi yang lebih baik menentang pasukan lawan.

Jika anda perhatikan logo tersebut, terdapat dua bintang di atas dan ia melambangkan perpaduan antara penyokong dan pasukan bola sepak Kelantan. Selain itu, lilitan emas ditepinya pula melambangkan Kelantan dibawah naungan sistem beraja.

122763692_4582690698468068_7715168534450806890_o

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kelantan melalui pautan dibawah.

“The Professor” Dilantik Sebagai Penasihat Teknikal Kelantan FC

Ketua Jurulatih Baharu Bakal Bimbing Kelantan Musim Depan

RASMI: Kelantan FC Jelaskan Semua Hutang Gaji 15 Pemain Sejak Tahun 2017 Dan 6 Bulan Tunggakan 2020