Berita kurang menyenangkan datang dari kem Kelantan apabila pasukan itu berdepan kesukaran untuk mendapatkan lesen bagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan, sekaligus berisiko untuk turun pangkat ke Liga M3.

Menurut seorang sumber yang enggan didedahkan namanya, sumber tersebut menyatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghadapi kesukaran mendapatkan lesen kerana masalah tunggakan gaji bekas pemain import pasukan, Morgaro Gomis yang digugurkan pada awal musim 2018.

Kelantan
Sumber Gambar: NSTP/SYAMSI SUHAIMI

“KAFA gagal melangsaikan hutang tuntutan tunggakan gaji Gomis berjumlah hampir RM500 Ribu sekaligus menyukarkan badan itu untuk mendapatkan lesen.

“Selain itu, ketua jurulatih ketika itu, Fajr Ibrahim turut menggugurkan beberapa pemain lain seperti Khairul Fahmi Che Mat, Nor Farhan, Badhri Radzi serta Amiridzwan Taj. Perkara ini dipersetujui oleh Presiden KAFA sebelum ini, Bibi Ramjani Ilias Khan dan sehingga kini, KAFA masih lagi gagal untuk menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji pemain yang dilepaskan,” kata sumber itu.

Yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa Bibi bersetuju dengan tindakan Fajr yang melepaskan pemain di atas sehingga menyebabkan KAFA berdepan isu tunggakan gaji dan menanggung hutang.

Jawatan
Sumber Gambar: FOX Sport Asia

Tambah sumber terbabit, Gomis telah menghantar tuntutan melalui Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan tempoh yang diberikan oleh badan induk bola sepak dunia itu untuk KAFA menyelesaikan hutang telah tamat pada 30 Oktober lalu.

Malah, KAFA bukan sahaja berhutang kepada Gomis malah kepada pemain import yang lain seperti Raul Tarragona, Flavio Beck, Mustafa Zazai dan Cassio De Jesus.

Kini KAFA berdepan hukuman tidak diberikan lesen untuk bertanding dalam saingan Liga Perdana musim hadapan atau mereka digantung daripada mengambil khidmat pemain import.

Lebih parah, Kelantan mungkin turun pangkat dengan beraksi dalam saingan Liga M3 musim hadapan setelah KAFA berdepan dengan hutang mencecah RM14 Juta yang ditinggalkan oleh pengurusan terdahulu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Indra Putra Semakin Hampir Kembali Sarung Jersi Kelantan

Mat Sabu Dilantik Sebagai Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Kelantan Perlukan Pemain Bintang Jika Mahu Kembali Ke Zaman Kegemilangan