Sebuah kelab yang beraksi dalam saingan liga bola sepak tertinggi Thailand, Chiangmai FC, mengumumkan pakej pas bermusim bagi saingan Thai League 1 musim 2020 dengan harga yang cukup rendah.

Tawaran gila itu dijual pada harga THB600 atau RM79 sahaja, dimana pembeli pas bermusim akan menerima;

  • Kad keahlian CMFC
  • 17 tiket perlawanan Thai League 1 (home) musim 2020.
  • Menonton semua perlawanan kejohanan piala yang disertai pasukan.
  • Sehelai ‘towel mafla’ rasmi kelab.
  • Sehelai jersi home Chiangmai FC.
  • Sekeping ‘sticker’ kelab bersaiz besar.

84506521_3402000963172912_8185084180040777728_o

Namun, tawaran dengan harga THB600 itu sebenarnya adalah terhad untuk pemegang pas bermusim Chiangmai FC 2019 yang membeli pas bermusim tahun ini.

Harga asal untuk pembelian pas bermusim adalah THB900/RM119 untuk tempat duduk tidak berbumbung, manakala bagi tempat duduk berbumbung pula dijual pada harga THB1,100/RM145.

Untuk pemegang pas bermusim 2019, mereka akan menerima diskaun sebanyak THB400 dan THB500 untuk kategori tempat duduk tidak berbumbung dan berbumbung.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Thaimiller2019, dimana beliau hanya membelanjakan wang sebanyak THB600 atau RM79 selepas ditolak diskaun sebagai pemegang pas bermusim tahun 2019.

Ini menunjukkan bahawa pihak kelab sangat menghargai sumbangan dari pembelian pas bermusim tahun sebelumnya yang mungkin akan menarik lebih ramai penyokong untuk membeli pas bermusim tahun 2020 untuk menikmati tawaran yang sama tahun hadapan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Lihat Bagaimana Majlis Pelancaran Thai League 2020 Berlangsung Dengan Penuh Gilang Gemilang

Kawin Thamsatchanan Sah Sertai Hokkaido Consadole Sapporo Secara Pinjaman Dari OH Leuven

SCG Muangthong United Dan SHARP Jalin Kerjasama Strategik, Bakal Guna Teknologi Aquos 8K