Bekas penjaga gol nombor 1 Thailand, Kawin Thamsatchanan dilaporkan akan menyertai pasukan Hokkaido Consadole Sapporo selepas kelabnya OH Leuven menyatakan persetujuan kepada tawaran yang dikemukakan.

OH Leuven, sebuah kelab yang beraksi dalam saingan liga divisyen 2 Belgium atau lebih dikenali sebagai Proximus League, memberikan kata putus untuk membenarkan Kawin Thamsatchanan dipinjamkan ke Hokkaido Consadole Sapporo selama 2 musim.

Kelab yang berpangkalan di Sapporo itu dilihat dalam keadaan terdesak untuk mencari pengganti posisi penjaga gol lebih awal kerana penjaga gol ke-3 mereka, Shunta Awaka mengalami kecederaan serius dan terpaksa berehat panjang selain penjaga gol ke-2 Gu Sung-Yun perlu pulang ke Korea Selatan untuk menyertai latihan khidmat negara (national military service) mulai musim hadapan.

775152685-074-X2-1-e1546504874951

Kawin dijangka akan diletakkan sebagai penjaga gol kedua Hokkaido COnsadole Sapporo musim ini untuk mendapatkan keserasian bersama rakan sepasukan yang lain sebelum dijangka akan dapat bersaing merebut tempat selaku penjaga gawang utama mulai musim 2021.

Beliau menyertai pasukan OH Leuven secara rasmi pada 10 Januari 2018 dengan kontrak selama 5 tahun, dan dengan 2 tahun sebagai pemain pinjaman di Sapporo mungkin beliau akan mendapat peluang lebih besar di Jepun berbanding di Belgium.

Dengan perpindahan ini juga menjadikan Kawin Thamsatchanan sebagai pemain Thailand ke 5 yang akan beraksi dalam saingan bola sepak Jepun musim 2020 ini.

kawin-thamsatchanan-first-match-with-oh-leuven

Apa yang lebih menarik adalah 4 bekas pemain utama SCG Muangthong United kini beraksi dalam saingan J1 League iaitu Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos), Teerasil Dangda (Shimizu S Pulse) dan Kawin Thamsatchanan (Hokkaido Consadole Sapporo).

Seorang lagi pemain SCG Muangthong United yang mendapat perhatian beberapa kelab JLeague adalah Sarach Yooyen yang dikatakan bakal menyertai kelab Kashiwa Reysol.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kawin Thamsatchanan Dirisik Kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo Untuk Mengisi Posisi Penjaga Gol

Gamba Osaka, Kashiwa Reysol Dan Sagan Tosu Buru Khidmat Pemain Tengah SCG Muangthong United

Nguyen Quang Hai Tersenarai Dalam “Forbes’ 30 under 30”, Bukti Pengaruh Kuatnya Untuk Rakyat Vietnam

Sumber