Baru-baru ini, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon mendedahkan pihaknya terpaksa membayar pampasan sebanyak RM300,000 kepada penganjur Kejohanan Meizhou Hakka Cup setelah membuat keputusan untuk menarik diri.

Keputusan itu dibuat berikutan penularan wabak virus corona di China yang boleh mengancam tahap kesihatan para pemain dan pegawai pasukan.

Bagaimanapun, pihak penganjur membuat keputusan untuk membatalkan kejohanan tersebut selepas mengambil kira perintah daripada kerajaan China yang melarang rakyatnya keluar rumah dan menutup beberapa bandar besar.

Namun menjadi persoalan dalam kalangan peminat Selangor sama ada gergasi merah perlu membayar jumlah pampasan atau tidak. Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Johan menjelaskan mereka mungkin akan diberi diskaun oleh pihak penganjur tetapi belum diketahui jumlahnya.

“Kejohanan itu memang batal, tapi mereka kata kena bayar. Cuma kita belum dimaklumkan berapa yang perlu dibayar dan mungkin ada pengurangan.

“Mungkin jumlahnya dikurangkan 50 peratus, tapi ia masih dalam rundingan. Jika dapat dikurangkan sudah pasti akan melegakan pihak kami,” katanya kepada Berita Harian.

80814069_3321526591253142_5196450252479004672_n
FOTO: FA Selangor

Selepas pembatalan kejohanan tersebut, Selangor tidak ada perancangan untuk ke luar negara kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Bajet kita sudah berubah kerana perlu membayar pampasan kepada penganjur dan buat masa ini kita tiada perancangan untuk ke luar negara kecuali ada jemputan lain yang tidak memerlukan perbelanjaan besar,” tambahnya.

Wabak koronavirus sehingga kini telah mengakibatkan lebih 56 kematian di China sementara 2,000 orang di seluruh dunia turut dijangkiti.

Penularan wabak berkenaan dilaporkan bermula di sebuah pasar di Wuhan iaitu sebuah wilayah di China yang dikesan menjual haiwan liar secara haram

Baca artikel lain mengenai perkembangan kejohanan Meizhou Hakka Cup sebelum ini.

Kejohanan Meizhou Hakka Cup Dibatalkan, Chonburi FC Terpaksa Pulang Semula Ke Thailand

TERKINI: Selangor Batal Sertai Kejohanan Jemputan Meizhou Hakka Cup Di China

Chonburi FC Enggan Tarik Diri, Tetap Ke China Sertai Kejohanan Meizhou Hakka Cup

Sumber