Seperti yang semua sudah sedia maklum, pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan membawa kes berkaitan perpindahan Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk mencari keadilan dipihak mereka.
Namun, mungkin tidak ramai yang ingat bahawa Kedah FA pernah gagal dalam satu kes yang dibawa ke CAS beberapa tahun lalu berkaitan dengan isu penamatan kontrak seorang pemain import dari Australia, Adriano Pellegrino dan diputuskan oleh CAS untuk membayar pemain itu USD120,000 + 5% faedah.
Apa Yang Berlaku Dengan Isu Adriano Pellegrino?
Pada 21 November 2013, Kedah FA menandatangani kontrak bersama Adriano Pellegrino selama 1 tahun bermula 1 Disember 2013 hingga 30 November 2014 dengan gaji bulanan bersih berjumlah USD12,000.
Berdasarkan Artikel 4.5 FAM berkaitan pemain import menyatakan bahawa, hanya pemain yang beraksi dalam liga tertinggi bola sepak dari AFC dan OFC sahaja yang dibenarkan untuk pendaftaran.
Masalah yang muncul pada ketika itu adalah, Adriano Pellegrino tidak beraksi dengan kelab bola sepak dalam saingan tertinggi bola sepak di Australia.
Adriano Pellegrino sebelum menandatangani kontrak dengan Kedah FA, beraksi untuk Central Coast Mariners Academy – sebuah akademi yang dimiliki oleh Central Coast Mariners, yang beraksi dalam saingan A-League. Adriano Pellegrino beraksi dalam 7 perlawanan bersama akademi tersebut untuk menjaga kecergasan ketika off-season.
Sebelum itu, beliau mempunyai 2 tahun kontrak bersama Central Coast Mariners, dan perlawanan terakhirnya bersama kelab ini adalah ketika bertemu Guangzhou Evergrande FC dalam saingan AFC Champions League, 22 May 2013.
Dalam satu surat tidak bertarikh dari Central Coast Mariners Academy menyatakan bahawa Adriano Pellegrino boleh kembali ke Central Coast Mariners selepas 18 Ogos 2013 jika diperlukan. Dan pada tarikh itu juga Central Coast Mariners melepaskan beliau.
Gagal Didaftarkan Sebagai Pemain Import, FIFA DRC Arah Kedah Bayar USD120,000 + 5% Faedah
Pada 26 Januari 2014, Kedah FA telah memberitahu Adriano Pellegrino bahawa beliau tidak boleh didaftarkan sebagai pemain import kerana tidak mematuhi peraturan Artikel 4.5 FAM.
Atas kegagalan itu, Kedah FA dan Adriano Pellegrino telah membuat ‘Mutual Termination Agreement’ dengan mengambil kira perkara-perkara berikut;
Pada 11 Febuari 2014, Adriano Pellegrino menandatangani kontrak bersama sebuah kelab bola sepak Kemboja – Asia Euro University FC yang beraksi dalam Metfone Cambodian League, dan kontrak itu sah dari 11 Febuari hingga 3 Mac 2014.
17 Febuari 2014, pemain itu memberitahu Kedah FA melalui Whatsapp bahawa Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) ada dengan kelab tersebut dan beliau boleh kembali ke Kedah FA.
Selepas kontrak Adriano Pellegrino tamat, beliau kembali ke Kedah FA dan mengikat kontrak lain yang bermula dari 15 Mac 2014 hingga 30 November 2014.
Pada 25 Mac 2014, Kedah FA telah membuat permintaan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dari FFC dan pada hari yang sama mereka telah diberitahu oleh pihak FAM bahawa Adriano Pellegrino beraksi di Kemboja tanpa ITC.
Ini adalah kerana FAM tidak pernah menerima sebarang request dari FFC untuk mendapatkan ITC.
Kedah meminta Adriano Pellegrino untuk menyelesaikan isu ITC sebelum 27 Mac 2014 dan jika gagal berbuat demikian akan memaksa mereka mencari penyelesaian alternatif.
Pihak Kedah FA meminta penjelasan lanjut dari FFC berkaitan ITC namun tiada sebrang jawapan diterima selepas itu.
3 April 2014, peguam pemain tersebut memberitahu Kedah FA bahawa berdasarkan klausa 9 kontrak kedua, Kedah FA wajib untuk mendaftarkan pemain dengan FAM. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Kedah FA terpaksa membayar pampasan USD120,000 seperti yang termaktub dalam ‘Mutual Termination Agreement‘.
Dalam satu surat bertarikh 2 April 2014, yang diterima oleh pemain pada 10 April 2014 menyatakan bahawa kontrak kedua telah ditamatkan menggunakan alasan kegagalan pemain itu beraksi di Kemboja bersama Asia Euro University FC tanpa ITC.
Ini adalah situasi dimana Kedah FA menamatkan kontrak ‘termination a contract with just cause’ dan menyalahkan Adriano Pellegrino atas kegagalan kedua-dua pendaftaran.
8 September 2014, Adriano Pellegrino memfailkan tuntutan keatas Kedah FA terus kepada FIFA Dispute Resolution Chamber (DRC).
Kedah FA menyatakan 3 alasan bagi membalas tuntutan dari Adriano Pellegrino seperti dibawah.
Adriano Pellegrino menolak kenyataan yang diberikan oleh Kedah FA dan membidas adalah tidak masuk akal untuk membuat rayuan kepada pihak yang telah menamatkan kontrak secara sebelah pihak.
Selain itu, Adriano Pellegrino menyatakan bahawa beliau telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh Artikel 4.5 FAM kerana beraksi bersama Central Coast Mariners pada musim 2012-2013. Beliau hanya beraksi bersama pasukan akademi untuk menjaga kecergasan bagi persiapan musim baru.
Selain itu, pemain itu juga mempersoalkan bahawa dia sebagai pemain dalam apa juga kes, bukan tanggungjawab pemain keatas ITC dan pendaftaran pemain sebaliknya adalah kerja sesebuah organisasi.
10 bulan selepas itu, FIFA DRC membuat keputusan bahawa Kedah FA bersalah dan diarahkan membayar USD120,000 + 5% faedah kepada Adriano Pellegrino dalam tempoh 30 hari.
Tidak Berpuas Hati Dengan FIFA DRC, Kedah FA Heret Isu Untuk Perhatian CAS
Pihak Kedah FA tidak berpuas hati dengan keputusan FIFA DRC yang mengarahkan mereka membayar pampasan seperti dalam perjanjian sebanyak USD120,000 + 5% faedah seterusnya membawa isu ini untuk perhatian Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Setelah meneliti semua perkara – sila rujukan kepada dokumen asal untuk maklumat lengkap, CAS telah membuat bahawa berdasarkan klausa 3 dan klausa 5 dalam ‘Mutual Termination Agreement‘, akibat kegagalan mendaftarkan pemain, adalah menjadi liabiliti Kedah untuk membayar Adriano Pellegrino dengan jumlah USD120,000.
Adriano Pellegrino yang dikenali agak lama oleh David Mitchell ketika beliau menjadi pencari bakat Feyenoord, David melihat bakat Adriano ketika remaja dan membawanya ke sana. Kelab Feyenoord menyukai gaya permainan Adriano kerana berbakat, teknik dan visi yang bagus, bergaul dengan baik dengan pemain tempatan dan import yang lain.
Dalam laporan 14 muka surat itu juga menyebut Adriano Pellegrino telah menandatangani kontrak bersama Phnom Penh Crown FC dengan kontrak selama 3 bulan sah dari 8 Mei 2014 hingga 8 Ogos 2014. Beliau menerima gaji bersih bulanan sebanyak USD1,800 dari pasukan itu.
Tamat kontrak 3 bulan tersebut, Adriano Pellegrino menandatangani kontrak lanjutan baru selama 1 tahun bersama Phnom Penh Crown FC bermula 9 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2015. Dengan kontrak baru ini, beliau menerima gaji bersih bulanan sebanyak USD3,200 dan ‘signing fee‘ USD1,200.
*David Mitchell dipecat sebagai ketua jurulatih Kedah FA pada April 2014 dan mungkin terpalit isu Adriano Pellegrino.