Ketua pasukan skuad kebangsaan Filipina, Stephan Schrock diberitakan akan memperkuatkan barisan skuad bawah 22 tahun mereka dalam kejohanan Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung pada bulan November nanti.

Acara bola sepak Sukan SEA memberikan 2 kuota kepada pemain lebih umur dan pemain kelab Ceres Negros itu menyatakan bersedia untuk menawarkan khidmatnya untuk skuad itu dalam misi untuk berada dalam kedudukan 4 terbaik.

“Kami akan semak siapa yang akan mengisi tempat kuota tersebut tetapi ‘Schroecky’ telah menyatakan untuk menjadi anggota skuad bawah 22 tahun,” kata pengurus pasukan Dan Palami.

1982024_w2
Stephan Schrock (Eintracht Frankfurt) ketika cuba mengekang asakan Frank Ribery dalam saingan Bundesliga.

“Kami mempunyai 30 orang pemain dalam kem latihan sekarang termasuk 3 orang pemain yang berpangkalan diluar Filipina dan 3 pemain yang beraksi dengan pasukan senior (Justin Baas, Yrick Gallantes dan Edison Suerti) yang akan memainkan peranan besar dalam pasukan Filipina.

Pasukan tuan rumah Sukan SEA 2019 itu berjaya menarik nafas lega selepas berjaya mengelak untuk berada dalam kumpulan B yang dilihat sebagai kumpulan maut. Filipina diundi dalam kumpulan A bersama Malaysia, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

“Kami tidak pernah mara ke saingan separuh akhir, jadi itu adalah sasaran kami sekarang. Dan saya rasa undian itu berjaya memberikan kami peluang yang lebih cerah.

Stephan Schrock
Aksi ketika mewakili pasukan TSG 1899 Hoffenheim.

“Namun, kami tidak akan rasa selesa, persiapan rapi akan dibuat seperti juga dengan pasukan senior. Kami sebenarnya melakukan latihan bersama dan setakat ini hasilnya cukup bagus.

Kenyataan diatas adalah merujuk kepada prestasi pasukan bawah 22 tahun dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan Afrika di Binan baru-baru ini.

Skuad Sukan SEA Filipina yang dikendalikan oleh ketua jurlatih Goran Milojevic dan Scott Cooper sejak bulan Julai lalu akan menyertai saingan Piala Liga PFL sebagai salah satu persiapan pasukan.

Baca juga artikel lain berkenaan bola sepak di rantau Asia Tenggara yang sebenarnya lebih padu dari eropah.

Beberapa Kelab Jepun Dikatakan Sudah Mula Merisik Pemain Tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen

Sumber