Pemain tengah Vietnam yang sedang meningkat naik, Nguyen Quang Hai dikatakan sudah mula mendapat perhatian beberapa buah kelab Jepun mengikut beberapa maklumat dari laporan SiamSports.

Perkhabaran ini juga turut dikukuhkan lagi dengan kehadiran beberapa pegawai JLeague di kem latihan yang sama ketika pasukan Malaysia melakukan persiapan perlawanan bertemu Vietnam tempoh hari, bagi memantau pemain, kelab dan fasiliti yang ada disana.

Beberapa orang pengurus besar kelab JLeague yang hadir ketika itu turut menyaksikan perlawanan Vietnam bertemu dengan Malaysia dan menghamburkan pujian terhadap aksi Nguyen Quang Hai yang juga merupakan penjaring gol tunggal pada malam itu.

56363575_2796020750408862_1547815452229500928_n-1
Nguyen Quang Hai ketika beraksi untuk Hanoi FC.

Menurut beberapa maklumat yang diterima dari beberapa individu Jepun tersebut, Quang Hai pernah menerima jemputan untuk berlatih bersama kelab divisyen 1 Sepanyol, Deportivo Alaves selain menarik perhatian beberapa kelab JLeague seperti Renofa Yamaguchi dan Tokushima Vortis.

Selain itu, terdapat juga beberapa pertanyaan mengenai peluang untuk membawa beliau ke kelab dari liga Qatar, Thailand, Malaysia serta Argentina.

Dapat diperhatikan bahawa prestasi dan pencapaian beliau diperingkat kelab serta bersama skuad kebangsaan banyak membantu kelab-kelab luar untuk menilai dengan lebih rapat kualiti yang dimiliki oleh Nguyen Qung Hai sebelum membuat tawaran rasmi.

Nota: Minggu lepas juga, ada beberapa pegawai dari JLeague berada di Malaysia mengadakan beberapa perbincangan dengan beberapa pihak di Kuala Lumpur.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai peminat bola sepak Malaysia sejati.

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen

Pemasaran Digital J.League Kenal Pasti 6 Jenis Penyokong, Susun Strategi Ampuh Pikat Minat Ke Stadium

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun