Jose Mourinho menegaskan bahawa beliau tidak perlu membuktikan keupayaan dirinya tetapi cukup menonjolkan prestasi hebat Tottenham sebagai “juara lima perlawanan terakhir”.
Bekas pengurus Chelsea dan Manchester United, Mourinho menggantikan Mauricio Pochettino sebagai ketua jurulatih Spurs pada bulan November.
Tottenham kemudiannya bertambah baik di bawah kendalian pengurus legenda dari Portugal itu.
Namun Spurs kemudian berdepan dengan isu ketidakkonsisten sekali lagi. Dan Spurs sah sudah gagal untuk mendapatkan slot empat teratas.
Tetapi Mourinho menyatakan beliau lebih memikirkan perancangan untuk musim hadapan bagi memberikan kejayaan kepada Spurs.
Spurs telah meraih 13 mata dari lima perlawanan terakhir mereka, hasil terbaik dalam liga sepanjang musim ini.
Di mana dalam tempoh tersebut mereka telah mengalahkan Everton, Arsenal, Newcastle United dan Leicester City.
Spurs juga menang tiga kali berturut turut di stadium baharu mereka buat pertama kali dalam sejarah.
“Sekiranya anda fikir saya perlu menunjukkan [nilai saya], okey, saya akan mencuba,” kata Mourinho kepada wartawan.
“Jika ini mengenai individu dan pendekatan individu, mari kita pergi lihat perkara dengan mudah.”
“Saya keempat dalam liga [sejak saya tiba]. Saya tiba di sini dengan pasukan tangga ke-14, lapan mata di belakang Arsenal, 12 dari kedudukan Liga Juara-Juara.”
Reporter: "13 points from the last 15, real momentum about your team at the moment?"
Jose Mourinho: "Yeah I know, we are the champions of the last five matches." 😂 pic.twitter.com/bEHPxgiemJ
— The Spurs Web (@thespursweb) July 23, 2020
“Tetapi jika liga bermula hanya untuk saya, jika anda mahu menceritakan tentang itu, saya keempat dalam liga.”
“Sekiranya anda fikir itu buruk, itu pendapat anda. Sekiranya anda ingin ketawakan saya, saya adalah juara lima perlawanan terakhir!”
“Saya berusaha melakukan yang terbaik sepanjang masa, saya tidak bimbang untuk membuktikan [apa-apa]. Perlawanan paling penting saya adalah yang seterusnya, musim yang paling penting adalah yang berikutnya.”
“Bukan apa yang anda fikirkan. Sebaliknya sesuatu yang dapat memotivasi saya. Itu hanya sifat saya; saya tidak perlukan perkara seperti itu [membuktikan sesuatu untuk anda]. Saya menantikan musim depan.”
Mourinho juga menegaskan, kegagalan mereka untuk berada di kedudukan lebih baik adalah kerana masalah kecederaan yang mereka hadapi terutama sekali Harry Kane dan Lloris.
Kane berehat untuk masa yang agak panjang.
Pemenang Liga Juara-Juara dua kali itu mendakwa mana-mana pengurus saingannya juga akan bergelut dalam situasi seperti yang beliau hadapi di Utara London.
Talmbout Mourinho is taking Spurs backward. There is always a campaign against José Mourinho pic.twitter.com/Ni7kYHJUDC
— Joey (@ItsHimjoey) July 25, 2020
“Saya rasa dalam beberapa tempoh terakhir ini sangat jelas bahawa Tottenham dengan semua pemain terbaik yang ada boleh menjadi pasukan yang sangat baik,” katanya.
“Anda melihat musim ini: mereka kehilangan [Hugo] Lloris untuk waktu yang lama, kemudian Kane. Sekarang dengan semua orang ada di sini, anda melihat perbezaan persembahan dan hasilnya.”
“Sekiranya kami mempunyai situasi yang serupa, kami berusaha melindungi skuad dari perkara yang tidak dapat diramalkan.”
“Saya memberitahu Brendan [Rodgers, pengurus Leicester], kalau dia kehilangan Ricardo [Pereira], [Caglar] Soyuncu, [Ben] Chilwell, [Christian] Fuchs … Bolehkah dia melakukan keajaiban?
“Ini sangat sukar. Ini sukar bagi semua orang. Sangat sukar bagi Tottenham.”
Baca juga perkembangan lain
Jurulatih Ini Tuduh David Villa Mencabulnya, Membuatkan Terpaksa Tukar Karier