Pengurus Chelsea, Graham Potter tiba tiba memetik nama Mikel Arteta dan Jurgen Klopp ketika ditanya tentang kedudukannya di Chelsea yang penuh tekanan ketika ini.

Baca Juga:

Prestasi hambar Chelsea di bawah Potter berterusan ketika mereka kalah sekali lagi musim ini.

Dan kali ini kalah di tangan Tottenham dalam aksi derbi London. Di mana Chelsea kalah 2-0 di tempat lawan.

Chelsea kini cuma menang 1 perlawanan daripada 12 perlawanan tahun ini. Dan hanya berada di kelompok 10 teratas hanya kerana perbezaan jaringan.

Dengan Potter berkali kali menyatakan bahawa kelab menyokongnya dengan sepenuhnya, namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Potter mengakui dia sudah bersedia dengan soalan tentang masa depannya. Dengan tenang pengurus itu berkata:

“Sebenarnya, sentiasa ada soalan dan saya tidak boleh menghentikan persoalan itu. Dengan keputusan seperti ini, saya menerimanya [ditanya soalan berkaitan masa depan], kerana itu sebahagian daripada kerja saya.”

Graham Potter kemudian meminta wartawan menonton kembali dokumentari Arsenal di mana, Arteta berdepan dengan tekanan sama. Tetapi pemilik kelab terus percayakan pengurus itu.

“Sebelum perlawanan, kita ada bercakap tentang menonton [dokumentari] ‘All or Nothing’ di Arsenal.”

“Dua tahun tempoh Arteta di sana, dia hampir dipecat. Orang mahu dia keluar dan ianya satu malapetaka. Dan lihat kini, keadaan sudah berubah sedikit.”

“Beginilah yang sebetulnya, jika kamu lihat pada situasi Jurgen Klopp, mereka tidak mendapat keputusan yang baik dan tiba tiba orang mahukan dia keluar.”

“Ini adalah adat dalam bola sepak.”

“Jelas sekali saya tidak melakukan yang cukup baik [setakat ini] untuk kelab yang telah banyak mempercayai saya, dan saya terima hakikat itu.”

“Tugas saya adalah agar tidak terlalu risau tentang perkara itu, tidak begitu ambil pusing tentang dari mana soalan soalan seperti itu timbul dan fokus kepada menyokong pasukan serta pemain, kerana saya benar benar sukakan pemain pemain ini.”

“Mereka pemain yang bagus, mereka mahu melakukan lebih baik.Mereka mahu menang, dan pada saat ini, kami sedang menderita.”