Ada beberapa perkara perlu dilakukan Graham Potter dalam usahanya mengubah prestasi semasa Chelsea.
Baca juga artikel:
‘Semuanya Salah, Tak Ada Satu Pun Counter-pressing Daripada Kami,’ Kata Klopp
TERKINI: Chelsea Pecat Tuchel, Anggap Masa Tepat Untuk Perubahan Selepas Belanja Hampir £300 Juta
Graham Potter dengan rasminya diumumkan sebagai pengurus baharu Chelsea. Dan ini adalah senarai semak yang kami rasakan akan berada di atas mejanya.
Perkara yang perlu dilakukan Graham Potter
1. Mengadun pasukan
Adunan pemain baharu tiba dengan pemain yang sudah bersama Chelsea sejak musim sebelum ini adalah sangat penting.
Chelsea membelanjakan hampir £300 juta dalam jendela perpindahan yang lalu. Kebanyakan pemain dibeli dengan harga sangat mahal. Jadi, boleh dikatakan bahawa Potter harus cuba menjadikan mereka pemain utama pasukan.
Untuk mengharapkan pemilik memberikan dana besar pada jendela perpindahan pertengahan musim mungkin bukan perkara yang harus bermain di fikiran Potter.
2. Sistem formasi
Graham Potter merupakan pengurus yang tidak terlalu bergantung kepada satu formasi sahaja. Chelsea di bawah Tuchel turut menggunakan beberapa siri formasi berbeza.
Jadi, ini mungkin bukan masalah besar untuk Potter. Tetapi dia tetap harus memilih formasi terkuat pasukannya dengan segera. Pastinya itu akan menimbulkan cabaran tersendiri.
Misalnya dua bek kiri bernilai £50 mereka, Chilwell dan Cucurella. Bagaimana Potter harus memastikan mereka selesa dengan peranan masing masing dalam pasukan.
3. Menyatupadukan semula bilik persalinan
Apa yang perlu dilakukan Graham Potter seterusnya untuk memperbaiki Chelsea adalah situasi bilik persalinan. Terdapat laporan bahawa, beberapa pemain sudah tak sehaluan dengan Tuchel dan staf kejurulatihan mereka.
Jadi, Potter harus menggunakan kebijaksanannya dalam berdiplomasi untuk meyakinkan semula pemain seperti Christian Pulisic, Hakim Ziyech dan beberapa nama lagi agar mereka tahu kepentingan mereka dalam projek Potter.
Sebelum ini Tuchel dengan terbuka menyatakan, salah satu masalah Chelsea adalah pemain tidak komited dengan Chelsea dan ramai yang mahu pergi.
4. Membangunkan pemain prospek
Chelsea memiliki beberapa pemain muda berbakat besar. Jadi, Potter harus memastikan pembangunan pemain pemain muda itu berlaku dengan sebaiknya.
Dia memiliki rekod yang bagus dalam membangunkan pemain pemain muda di Brighton sebelum ini. Namun di Chelsea ianya cabaran berbeza. Kerana dia juga harus merancang sebaiknya pemain mana yang mungkin akan dihantar ke kelab lain untuk bermain secara pinjaman.
Di Brighton, dia membangunkan pemain dengan melatihnya sendiri di kem pasukan mereka. Tetapi di Chelsea, bakat bakat muda terutama sekali dari akademi sangat besar.
5. Sasaran ke UCL
Ianya mungkin sasaran utama diletakkan Chelsea ke atas Potter dalam temuduga jawatan pengurus.
Chelsea masih berada di landasan terbaik untuk mara ke UCL musim hadapan. Tetapi Potter harus memastikan bahawa pasukan Chelsea mara ke UCL. Kerana mereka sudah berbelanja terlalu besar.
6. Meyakinkan Stamford Bridge segera
Bukan mudah untuk seorang pengurus dari pasukan midtable untuk meyakinkan penyokong pasukan yang beberapa tahun lalu memenangi UCL dan menjadi juara dunia kelab. Lebih lebih lagi pengurus yang digantikannya ialah Thomas Tuchel, yang memiliki reputasi yang sangat gah.
Potter harus segera memenangi hati peminat di Stamford Bridge agar mereka yakin bahawa dia adalah pengurus yang selayaknya mendapat kontrak 5 tahun.