Graham Potter meminta peminat Chelsea agar bersabar. Dia sedar Chelsea sekarang sedang ‘menderita’ tetapi merayu kepada seluruh peminat untuk bersabar dan bersatu.

Baca Juga:

Chelsea kalah 2-1 di tangan Fulham di tempat lawan. Di mana pemain baharu mereka Joao Felix turut dilayangkan kad merah selepas terjahan ganasnya ke atas pemain lawan.

Potter memahami emosi penyokong agak memuncak selepas gol kemenangan lewat Carlos Vinícius mengangkat Fulham ke tempat keenam dan menambahkan lagi kesuraman di Chelsea.

Penyokong Chelsea melepaskan kemarahan mereka ke atas pasukan mereka selepas tamat perlawanan.

Namun Potter kekal yakin bahawa dia adalah orang yang tepat menjadi pengurus Chelsea dan akan membantu kelab itu keluar dari krisis prestasi. Jadi Graham Potter berharap semua orang kekal tenang dan bersabar.

“Saya juga dapat memahami mereka kecewa kerana kami telah kalah,” kata Potter selepas ditanya mengenai penyokong.

“Itu perkara biasa. Saya memastikan saya tetap akan pergi dan menepuk tangan kepada mereka tanda menghargai sokongan mereka.”

“Ianya tidak mudah. Kami menderita dan mereka [penyokong] pun menderita. Jadi kita dapat merasai apa yang mereka rasa, kekecewaan mereka.”

“Saya fikir adalah penting kita kekal bersatu dan cuba mengharungi tempoh sukar ini, kerana ia benar-benar tempoh yang sukar.”

Potter mempertahankan Joao Félix selepas penyerang itu, yang menyertai pinjaman mahal daripada Atlético Madrid minggu ini, dilayangkan kad merah kerana serangan liar terhadap Kenny Tete.

“Saya tidak fikir ia adalah emosi daripada João,” kata Potter.

“Ia adalah satu kesilapan kawalan pergerakannya dan ianya satu kesilapan yang boleh berlaku dengan kepantasan Liga Perdana dan permainan bola sepak di peringkat ini.”

“Dia tiada niat jahat, dia tidak masuk untuk mencederakan sesiapa, dia tidak hilang fokus. Kadang-kadang perkara ini berlaku dan ia tidak memihak kepada anda dan anda perlu menderita. Dan percayalah, kita sedang menderita pada masa ini.”

“Ia benar-benar mengecewakan dan sangat mencabar,” kata bekas pengurus Brighton & Hove Albion itu.

“Saya memahami persaan penyokong. Saya fikir ia adalah perlawanan yang agak seimbang pada separuh masa pertama dan kami mempunyai beberapa peluang yang baik.”

“Kami boleh melakukan yang lebih baik dari segi pertahanan kami. João, kami akan kehilangan khidmatnya selama tiga perlawanan selepas ini, ianya sungguh mengecewakan.”

Potter, bagaimanapun, menyatakan sokongannya kepada Félix untuk bangkit daripada kesilapannya.

“Semua mereka akan belajar daripada detik detik seperti itu,” kata pengurus Chelsea itu lagi.

“João adalah pemain muda, pemain terbaik, anda boleh lihat kualiti yang dibawanya kepada permainan. Ia [kaki Joao Felix] agak tinggi tetapi pengadil kemudian mempunyai satu keputusan untuk dibuat.”

Chelsea akan cuba membantu Potter dalam usaha mereka cuba memperbaiki prestasi kelab itu, dengan membuat beberapa penandatanganan  lagisebelum jendela perpindahan ditutup.

Chelsea kini sedang dalam perbincangan untuk membeli penyerang Borussia Mönchengladbach, Marcus Thuram, yang akan tamat kontrak pada akhir musim ini.

Gladbach terbuka untuk menjual Thuram bulan ini dan pemain antarabangsa Perancis itu, yang boleh memutuskan untuk pergi secara percuma pada musim panas akan datang.

Pemain muda Perancis itu sedang memberi pertimbangan serius terhadap tawaran Chelsea.