Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dijangka akan melangsaikan semua hutang berjumlah kira-kira RM6.2 juta sebelum pertengahan musim 2020.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh presiden KAFA yang baru, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang menggantikan Bibi Ramjani Illias Khan, selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan MQ Technology Berhad, Jumaat lalu.

Wan Abdul Rahim juga menjelaskan melalui perjanjian itu, KAFA akan membuat bayaran secara berperingkat bagi melancarkan proses perlesenan kelab yang perlu diselesaikan sebelum 31 Oktober 2019.

69507457_997316033932924_8523463887125741568_o

“Bayaran pertama akan dibuat pada 15 September. Kami tidak membayar secara sekaligus dan kami akan membuat bayaran seterusnya secara bulanan. Kebanyakan pemain dan pegawai sudah bersetuju dengan proses pembayaran ini,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri juga turut bersetuju untuk membenarkan KAFA melakukan bayaran permulaan sebanyak RM113,000 dengan bayaran seterusnya dijadualkan secara bulanan.

Jumlah hutang RM6.2 juta tersebut merupakan hutang dan tunggakan sejak tahun 1998 melibatkan gaji pemain dan jurulatih, serta badan-badan kerajaan seperti LHDN, PERKESO dan KWSP.

kelantan-fa

Sementara itu, The Red Warrioes (TRW) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang akan menguruskan pasukan Kelantan musim hadapan telah ditubuhkan. KAFA akan memiliki 30 peratus pegangan dalam syarikat tersebut manakala baki 70 peratus lagi menjadi milik MQ Technology Berhad.

“Sebagai permulaan, MQ Technology Berhad akan menyalurkan dana sebanyak RM3 juta sebagai pembelian pegangan dalam syarikat ini.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, bermakna Team Red Warriors Sdn Bhd akan bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan pasukan dan mencari tajaan sementara KAFA akan memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi,” katanya.

Jelas Haji Wan Abdul Rahim lagi, beliau gembira apabila usaha kepimpinan baharu mencari penajaan berjaya direalisasikan selepas kedua-dua pihak sebelum ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Kota Bharu, 18 Julai lalu.

“Ia (perjanjian kerjasama) menunjukkan maklum balas positif apabila syarikat ‘public listed’ (senaraian awam) sanggup menjalin kerjasama dengan KAFA untuk memulihkan bola sepak Kelantan.

“MQ Technology akan membawa tiga orang ahli lembaga pengarah dan KAFA pula diwakili dua orang, jadi mereka berlima inilah akan mengurus pasukan bola Kelantan musim depan,”ujarnya.

Pemain Muda Kelantan Jadi Buruan

Penaja Kelantan Bakal Dapat Pelepasan Cukai

KAFA Alu-Alukan Tajaan Bagi Perkukuhkan Pasukan Kelantan

Sumber