Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan mereka telah melangsaikan tunggakan gaji sebanyak RM3 Juta seperti yang diarahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.
Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berharap dengan usaha yang dilakukan oleh pihaknya, pasukan Kelantan tidak akan dikenakan hukuman pemotongan mata apabila saingan Liga Perdana musim 2020 membuka tirai.
“Ada tuntutan yang diselesaikan secara keseluruhan dan ada yang bersetuju dengan pembayaran berjadual. Tetapi apa yang boleh saya sahkan, Kafa sudah selesaikan semuanya kelmarin (Rabu).
“Penyelesaian adalah membabitkan kes yang dilaporkan ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan FAM. Sudah tentu kami lega kerana berjaya selesaikan ini dan kami mengharapkan dapat membuka musim baharu dengan positif,” kata Husin menurut laporan Harian Metro.
Selain Kelantan, dua lagi pasukan iaitu Melaka United dan PDRM berdepan hukuman pemotongan tiga mata dalam saingan Liga sekiranya gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan sebelum tarikh akhir iaitu 31 Januari.
Jika ketiga-tiga pasukan ini gagal berbuat demikian, maka tiga mata akan dipotong serta-merta dan jika mereka sekali lagi gagal untuk menyelesaikan isu terbabit pada tarikh akhir kedua iaitu pada 28 Februari, enam lagi mata akan dipotong.
Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji pasukan Liga Malaysia di sini: