Seorang jurulatih amatur di Singapura, Nicholas Amet Wen Cai dihukum penjara setelah mengaku berlasah menanduk serta mematahkan hidung pemain lawan pada perlawanan persahabatan antara FC 138 menentang Ranger United di East Spring Secondary School pada 17 Februari tahun lalu.
Nicolas mengaku beliau sengaja menanduk kepala Yang Yanhua, yang merupakan seorang warganegara China kerana berasa marah dan beliau turut menyatakan terlalu terbawa-bawa dengan suasana yang sedang memanas ketika itu.
https://www.youtube.com/watch?v=A_OF655vpQA
Lima minit sebelum perlawanan berakhir, pergaduhan tercetus antara pemain kedua pasukan dimana mereka saling menolak dan melontarkan kata-kata kesat sesama sendiri. Pengadil mengarahkan pemain untuk berhenti bergaduh namun pemain mengendahkan arahan tersebut sekaligus berlaku pergelutan antara beberapa pemain.
Polis kemudiannya tiba di lokasi kejadian dan mendapati Yanhua tidak sedarkan diri setelah ditanduk oleh Nicolas dengan kesan luka di bahagian muka serta hidung yang patah.
Yanhua kemudiannya dibawa ke hospital dengan patah tulang hidung, bengkak serta luka pada bahagian mata akibat daripada perbuatan Nicolas.
Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara empat minggu dijatuhkan kepada Nicolas yang akhirnya diluluskan oleh mahkamah.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:
Gol Safawi Rasid Mara Ke Peringkat Akhir Bagi Anugerah “Best ACL Goal of the Decade”
Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?