Bola sepak Malaysia kembali mendapat sorotan apabila gol yang dijaringkan oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid pada perlawanan AFC Champions League (ACL) menentang Shandong Luneng musim lalu mara ke peringkat akhir bagi anugerah Best ACL Goal of the Decade.

Daripada 20 gol yang disenaraikan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jaringan Safawi menerima undian tinggi sekaligus terpilih dalam senarai 10 jaringan yang akan dipertandingan di pusingan akhir.

Selain jaringan Safawi, sembilan lagi jaringan yang terpilih ialah gol yang dihasilkan oleh Abdulaziz Al Dawsari (Al Hilal), Wesley (Al Hilal), Andranik Teymourian (Esteghlal), Mahmoud Khamis (Al Nasr), Abdulmajeed Al Swat (Al Taawoun), Mame Thiam (Esteghlal), Shojae Khalilzadeh (Persepolis), Romarinho (Al Ittihad) dan Mehdi Torabi (Persepolis).

Anda boleh mengundi jaringan Safawi di sini sekaligus membantu pemain berusia 22 tahun ini memenangi anugerah tersebut.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:

Ramadhan Saifullah Punyai Kualiti Untuk Gantikan Safawi Rasid

City Football Group (CFG) Mahu Beli Portimonense SC, Peluang Besar Terbuka Luas Untuk Safawi Rasid

Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Portugal?