Berita kurang menyenangkan dari kem Arsenal apabila bek tengah baharu mereka Jurrien Timber disahkan mengalami kecederaan ACL.

Baca Juga:

Mikel Arteta sebelum ini mengeluarkan Jurrien Timber lebih awal dalam kemenangan 2-1 Sabtu ke atas Nottingham Forest.

Alasan pemain itu dikeluarkan kerana petugas perubatan Arsenal mendapati pemain itu mengalami kecederaan.

Yang akhirnya kecederaan itu dianalisis untuk menentukan sama ada ianya ACL atapun MCL.

Pemain Belanda itu diberikan penampilan sulung kompetitifnya untuk pembuka musim berikutan ketibaannya dari Ajax awal musim panas ini.

Bagaimanapun Timber terpaksa dikeluarkan pada awal separuh masa kedua kerana disyaki mengalami masalah kecederaan di lututnya selepas dia menerima rawatan di atas padang.

Pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan telah menjalani pelbagai ujian dan imbasan ketika petugas perubatan Arsenal menilai tahap kecederaab beliau.

Dan Mail Sport mendakwa terdapat kebimbangan besar pemain itu mungkin mengalami kecederaan ligamen lutut ACL yang akan menyebabkan dia diketepikan selama berbulan-bulan dan bukannya sekadar bermingu-minggu.

Sementara itu penerbitan Belanda Telegraaf telah mendakwa bahawa Jurrien Timber akan diketepikan selama berbulan-bulan kerana kecederaan padanya dengan kecederaan ACL.

Jika benar dia mengalami ACL, maka pemain antarabangsa Belanda itu akan terlepas perlawanan menentang Manchester United (3 September), Tottenham (24 September), Manchester City (7 Oktober) dan Chelsea (21 Oktober).

Timber menunjukkan aksi cemerlangnya pada debut bersama Arsenal. Namun fokus utamanya kini adalah pemulihan daripada kecederaan ACL.