Arsenal dilaporkan telah mengemukakan tawaran pembukaan £30 juta untuk menandatangani pemain yang menjadi sasaran Manchester United, Jurrien Timber.
Baca Juga:
- Remko Pasveer, Daripada Pilihan Ketiga Di Ajax, Kini Wakili Belanda Ke Piala Dunia Pada Usia 39 Tahun
- Arsenal Mahukan Kai Havertz Namun Tak Sanggup Bayar £70 Juta
- Nottingham Forest vs Arsenal: Gunners Keciciran Mata, Man City Rasmi Juara
Bek tengah Belanda itu bakal meninggalkan Ajax pada musim panas ini selepas sembilan tahun bersama kelab itu, di mana dia telah membuat 121 penampilan senior.
Bercakap kepada outlet Belanda De Telegraaf pada April, dia mengesahkan bahawa dia ingin meninggalkan gergasi yang berpangkalan di Amsterdam itu.
Sebelum ini dia benar benar mahu menyertai Manchester United, mengikuti Erik Ten Hag. Dan akhirnya dia memutuskan untuk kekal selepas dipujuk oleh kelab itu yang kehilangan beberapa pemain penting mereka termasuk Lisandro Martinez.
Timber berkata: “Boleh dikatakan, perpindahan adalah hampir. Terdapat banyak minat yang kuat, dan saya telah membuat perjanjian dengan Ajax.”
“Tahun lalu, Ajax meminta saya untuk kekal sekurang-kurangnya satu musim lagi dan menyambung kontrak saya.. .”
Koresponden The Athletic, David Ornstein kini melaporkan bahawa Arsenal telah mengemukakan tawaran pembukaan sekitar £30 juta untuk Jurrien Timber.
Namun Ajax meletakkan tanda harga £50 juta untuk pemain antarabangsa Belanda itu.
🚨 EXCLUSIVE: Arsenal working on deal to sign Ajax defender Jurrien Timber. #AFC have made an opening offer worth ~£30m. #Ajax want ~£50m but optimism a compromise will be reached. Personal terms with Netherlands int’l thought to be in place @TheAthleticFC https://t.co/mdMeSXp3ff
— David Ornstein (@David_Ornstein) June 19, 2023
Tetapi The Gunners berharap dan yakin Ajax akan mengurangkan tanda harga mereka. Dan kekal positif bahawa rundingan ini akan dapat direalisasikan.
Terma peribadi dilaporkan tidak akan menjadi masalah di antara Arsenal dan bek tengah itu, yang kontraknya akan tamat pada Jun 2025.
Timber, 22, adalah antara pertahanan tengah terbaik dalam kumpulan umurnya.
Pemain antarabangsa Belanda 15 kaps itu seorang yang pantas, yakin dalam penguasaan bola, dan cukup serba boleh untuk bermain di bek kanan dan di bahagian tengah bertahan.
Arsenal mahu menguatkan bahagian belakang mereka selepas masalah kecederaan William Saliba pada Mac lalu dianggap sebagai salah satu faktor yang menggagalkan usaha mereka untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris musim lalu.