Teka-teki mengenai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akhirnya terjawab apabila UAE FA melantik Jorge Luis Pinto sebagai pengendali pasukan yang baharu.

Luis Pinto merupakan jurulatih berpengalaman yang berasal dari Colombia dan beliau pernah mengendalikan pasukan Costa Rica dalam temasya Piala Dunia 2014 lalu.

Di bawah bimbingan Luis Pinto, Costa Rica berjaya muncul juara kumpulan kumpulan D yang turut diisi oleh tiga pasukan bekas juara iaitu Itali, England dan Uruguay.

Costa Rica berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Belanda menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-3.

Tugas pertama Jorge Luis Pinto bersama UAE ialah perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

UAE kini berada di tempat ke-4 kumpulan G, ketinggalan 5 mata kepada Vietnam sebagai pendahulu kumpulan walaupun mempunyai baki 4 perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini:

UAE Hampir Pasti Lantik Jorge Luis Pinto Sebagai Ketua Jurulatih, Pernah Bawa Costa Rica Di Piala Dunia 2014

Liga Pro UAE Dibatalkan, Pemain Skuad Kebangsaan Kekurangan Perlawanan Kompetitif

UAE Dijadualkan Menentang Harimau Malaya Pada 8 Oktober