Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Emiriah Arab Bersatu (UAE) menentang Malaysia akan berlangsung pada 8 Oktober 2020 di Stadium Al Maktoum, Dubai.
Perlawanan itu sepatutnya berlangsung pada bulan Mac lalu namun ia terpaksa ditangguhkan susulan penularan wabak pandemik COVID-19. Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) turut memberi lampu hijau untuk meneruskan baki perlawanan pada bulan Oktober dan November setelah mengambil kira pandangan daripada wakil pasukan.
Berdasarkan jadual FIFA, pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2021.
Namun, AFC akan terus memantau situasi semasa untuk memastikan tiada sekatan perjalanan dan akan memberitahu semua pihak sekiranya ada keperluan mengubah semula jadual perlawanan kerana peningkatan kes wabak pandemik.
Save the Date 📆 🕰
Here is all you need to know about the impending 2nd round of the Asian qualifiers for the @FIFAWorldCup 2022 & AFC #AsianCup2023 ⬇️ https://t.co/PkMBIA4FtE— AFC (@theafcdotcom) June 7, 2020
Setelah mengharungi 5 perlawanan, Malaysia kini berada di kedudukan kedua dengan 9 mata dan masih berpeluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023 serta pusingan ketiga kelayakan Piala Dunai 2022.
UAE pula berada di kedudukan keempat dengan 6 mata dan berpeluang merampas slot ke Piala Asia 2023 jika mereka bangkit mencatat kemenangan dalam baki 4 perlawanan yang akan datang.
Namun, persiapan mereka tidak berjalan begitu lancar apabila Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) pada bulan April lalu telah memecat Ketua jurulatih, Ivan Jovanovic walaupun baru dilantik pada bulan disember 2019.
Beberapa nama besar kini dikaitkan sebagai pengganti Jovanovic iaitu bekas ketua jurulatih skuad bawah 21 Sepanyol, Luis de la Fuente serta bekas ketua jurulatih Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi. Mereka dijangka buat penampilan pertama dalam perlawanan menentang Malaysia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.
Bruno Nazario, Pemain Terbaru Yang Dikaitkan Dengan Skuad Harimau Malaya
Kebenaran Daripada Kerajaan Untuk Jalani Latihan Beri Kelegaan Kepada Tan Cheng Hoe
Lahir Di Sarawak Bukan Tiket Automatik Samuel Bone Sarung Jersi Harimau Malaya