Ketua pasukan Kas Eupen, Jordi Amat jelas tidak sabar untuk membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Indonesia apabila badan induk bola sepak negara tersebut sedang bekerja keras untuk melengkapkan proses berkaitan taraf kerakyatannya.
Malah, pemain yang pernah beraksi bersama Swansea City dalam kancah Liga Perdana Inggeris itu mengharapkan segala proses tersebut dapat diselesaikan dengan lebih pantas.
Selain beliau, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) turut sedang berusaha untuk menjadikan seorang lagi pemain yang berpangkalan di Belgium, Sandy Walsh dan pemain Viking FC, Shayne Pattynama sebagai Warga Negara Indonesia (WNI).
“Ya, saya sudah menghantar segala dokumen yang diperlukan,” ujar Amat menurut laporan dikeluarkan Goal Indonesia.
”Saya sentiasa bersedia dan selalu berfikiran positif [segalanya dapat diselesaikan].Saya selalu menunggu proses itu dan berharap semuanya dapat diselesaikan,”
”Saya telah bermain bola sepak secara profesional selama 12 tahun di Eropah dan saya ingin membawa pengalaman luas saya ini ke Asia.”
Seperti dilaporkan sebelum ini, Exco PSSI, Hasani Abdulgani mengharapkan segala proses yang sedang berjalan dengan kerjasama Kerajaan Indonesia itu akan selesai sebelum bulan April.
Khidmat pemain kacukan seperti Jordi Amat jelas begitu ditagih pengendali dari Korea Selatan, Shin Tae-yong untuk membawa cabaran Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 [bermula Jun] serta Piala AFF 2022 yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.
Teruskan membaca artikel lain mengenai bola sepak seluruh dunia seperti dibawah.
Galas Tanggungjawab Kapten, Syazwan Zainon Enggan Dibandingkan Dengan Baddrol Bakhtiar
Juventus: “Dybala Dah Tak Penting Sebab Kami Dah Ada Vlahovic”
Lakukan Aksi Muay Thai, Aitsaret Noichaiboon Digantung Tiga Tahun