Pemain Bangkok FC yang melakukan aksi Muay Thai ketika perlawanan Thai League 3, Aitsaret Noichaiboon digantung selama tiga tahun oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sekaligus dilarang untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti bola sepak negara itu.
Perkara ini dikongsikan oleh Asian Football dimana Aitsaret menyiku muka pemain North Bangkok University, Supasan Ruangsuphanimit yang menyaksikan Supasan menerima 24 jahitan di mulut selepas insiden tersebut.
Pemain kelab Bangkok FC, Aisaret Noichaiboon ditamatkan kontrak sejurus tamat perlawanan, selepas aksi Muay Thai beliau keatas pemain lawan seperti dalam video dibawah. đ±đ±đ± pic.twitter.com/AFPFpOXyy0
— VOCKET FC (@vocketfc) March 13, 2022
Badan penyiasat yang ditubuhkan oleh FAT mendapati Aitsaret melanggar peraturan mengenai tahap profesional seseorang pemain dan Pol Lt Gen Amnuay Nimmano, pengerusi jawatankuasa disiplin FAT menyatakan hukuman yang dikenakan telah dipersetujui dan ditandatangani oleh presiden, Pol Gen Somyot Poompunmuang.
Aitsaret Noichaiboon kemudiannya memohon maaf kepada Supasan dengan menegaskan beliau tidak dapat mengawal emosi selepas dikasari oleh pemain itu ketika perlawanan sedang berlangsung.
“Saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan pada perlawanan sebelumnya. Ianya satu situasi yang penuh dengan emosi dan saya tidak dapat mengawal diri. Saya juga ingin meminta maaf kepada Supasan dan semua yang terkesan kerana kejadian ini,” katanya.
Bangkok FC juga tidak ketinggalan dimana mereka mengambil tindakan tegas dengan memecat Aitsaret selepas insiden memalukan itu.
“Bangkok FC mahu mengambil tindakan dan kami tidak meyokong tindakan ganas seperti itu. Pihak kelab telah menamatkan kontrak pemain terbabit dan pihak kelab mengucapkan takziah dan akan memastikan kejadian seperti itu tidak berulang kembali.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Masalah Keluarga Punca Rizal Ghazali Tidak Dapat Sertai Skuad Kebangsaan
Perak Nafi Ada âOrang Tengahâ Terima Komisyen Dari Dana Sumbangan TMJ
TMJ Beri Bantuan Kepada Perak FC Untuk Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain