Kekurangan pemain mungkin memaksa pengendali skuad kebangsaan Jordan, Vital Borkelmans menurukan ‘barisan kedua’ bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok.
Menurut kenyataan daripada portal berita dari Jordan, alrai.com, 8 tonggak utama kini berada di Taiwan untuk menunggu kedatangan pasukan itu dimana mereka akan menentang tuan rumah untuk aksi pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 September ini.
Jordan hanya sempat menjalani latihan selama dua hari di padang Sime Darby, Bukit Jelutong, Shah Alam selepas tiba di Malaysia, kelmarin. Malah, Borkelmans turut memuji fasiliti padang latihan yang disediakan untuk persiapan pemainnya.
“Fasiliti yang disediakan dan padang di sini amat bagus untuk pemain-pemain saya. Perlawanan ini amat penting. Ini satu persediaan yang baik menjelang perlawanan menentang Taiwan selepas ini,” katanya
Sesi latihan tersebut disertai oleh 18 orang pemain termasuk penyerang prolifik mereka, Yassin Al-Bakhit yang tiba dari UAE. Dua pemain lagi tiba semalam termasuk pemain pertahanan berpengalaman, Muhammad Al Dmeiri dan dan penyerang utama Al Wehdat SC, Baha Faisal.
“Ini adalah peluang untuk Jordan menurunkan barisan pemain muda kerana ada beberapa pemain masih lagi bersama kelab masing-masing. Penting untuk kami tiba awal di sini bagi membiasakan diri dan perlawanan yang bakal dihadapi adalah penting untuk pasukan,” kata Borkelmans.
Dalam senarai 26 pemain yang dipanggil menyertai pasukan tersebut, 17 pemain daripada skuad itu beraksi dalam saingan Piala Asia 2019. Pasukan yang berada di ranking 99 dunia itu turut menyenaraikan sebahagian pemain yang beraksi dalam kejohanan WAFF pada 4 Ogos hingga 10 Ogos lepas.
Seorang lagi pemain bintang mereka, Mohamed Abu Zreik turut tidak dapat menyertai pasukan ke Kuala Lumpur kerana perlu menyelesaikan proses perpindahannya ke Liga Greek.
Senarai pemain skuad kebangsaan Jordan
Penjaga Gol: Amer Shafi, Yazeed Abu Laila, Ahmad Abdel Sattar, Abdullah Al-Zu’bi,
Pertahanan: Anas Bani Yassin, Tareq Khattab, Feras Shelbaya, Baraa Marei, Yazan Al-Arab, Muhammad Al Dmeiri
Tengah: Saleh Rateb, Khalil Bani Attia, Saeed Murjan, Ahmed Samir, Bahaa Abdul Rahman, Mohammed Bani Attia, Yousef Abu Jazar, Ahmed Ersan, Nour Al-Rawabdeh, Hassan Zahrawi,
Penyerang: Yassin Al-Bakhit, Hamza Al-Dardour, Yousef Al-Rawashdeh, Baha Faisal, Musa Al-Taamari, Mohammad Al-Zu’bi, Hadi Al-Hourani
Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Jordan? Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Tiket Perlawanan Malaysia Menentang Jordan Mula Dijual Secara Dalam Talian
Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan Dikenakan Caj Sehingga 85.4% Lebih Tinggi Dari Harga Asal
Sistem Tiket Dengan Tempat Duduk Bernombor Mula Digunakan Dalam Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan