Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dalam satu kenyataan rasmi melalui laman web mereka menyatakan bahawa telah bersetuju untuk memberikan insentif dalam bentuk wang tunai kepada mana-mana kelab dalam saingan J2 League dan J3 League jika menurunkan pemain Jepun berusia bawah 21 tahun dalam saingan liga musim 2020.

Dalam saingan musim 2020 nanti, rekod jumlah minit permainan yang terkumpul oleh semua pemain yang berusia bawah 21 tahun akan diperiksa dan jika berjaya melepasi minit permainan minimum yang ditetapkan, kelab tersebut akan menerima insentif wang tunai seperti yang dijanjikan.

00119177

Berikut adalah jumlah minit permainan minimum yang ditetapkan dan beberapa peraturan lain yang telah dipersetujui.

  • Golongan sasaran: Semua pemain Jepun berusia bawah 21 tahun yang beraksi dalam saingan J2 dan J3 League.
  • Jumlah insentif: J2 League bernilai JPY3,000,000 (RM113,800) dan J3 League pula bernilai JPY2,000,000 (RM75,870).
  • Jumlah masa bermain minimum: J2 League 3,780 minit dan J3 League 3,240.
  • Jenis perlawanan: Hanya perlawanan liga sahaja dikira dalam program insentif ini.
  • Penjaga Gol: Jika pemain sasaran beaksi sebagai penjaga gol, jumlah masa permainan akan dikira 2 kali ganda.
  • Pasukan U23: 3 pasukan bawah U23 (FC Tokyo, Cerezo Osaka dan Gamba Osaka) tahun yang beraksi dalam saingan J3 League tidak termasuk dalam sistem pemberian insentif ini.

Jawatankuasa Teknikal JFA telah bersidang selepas tamat kejohanan Piala Dunia 2018 yang lalu dan dengan sasaran untuk berada dalam 4 pasukan terbaik di Piala Dunia, pemain muda yang mempunyai bakat besar akan diberikan peluang beraksi dalam saingan kompetitif untuk mengutip pengalaman selari dengan pelan tindakan yang dirancang.

JFA juga turut menjelaskan bahawa langkah ini juga adalah selaras dengan program J.League iaitu ‘Football Vision 2030’ untuk muncul sebagai ‘liga paling bagus mendidik pemain di dunia’, serta bersama-sama membantu menaikkan tahap liga bola sepak mereka diperingkat dunia.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Jepun dan J.League dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Jepun Bakal Lancarkan Liga Bola Sepak Profesional Wanita Mulai Tahun 2021

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Pemasaran Digital J.League Kenal Pasti 6 Jenis Penyokong, Susun Strategi Ampuh Pikat Minat Ke Stadium

Sumber