Sebuah pasukan bola sepak yang beraksi dalam saingan J2 League, FC Machida Zelvia akan menukar nama kepada satu nama baru selepas mendapat kelulusan dari J.League walaupun tidak dapat diterima oleh penyokong mereka sendiri.
FC Machida Tokyo – nama baharu kelab itu seperti yang diluluskan, menerima tentangan hebat penyokong mereka yang tidak dapat menerima kehilangan identiti asal kelab yang menggunakan nama FC Machida Zelvia sejak tahun 1997 lagi.
Kelab tersebut baru diambil alih oleh sebuah firma IT terkemuka Jepun, CyberAgent kira-kira setahun lalu, dengan anggaran pembelian sekitar JPY1 bilion atau RM38 juta.
若き町田ゼルビアサポーターの涙の訴え… #jleague #zelvia #machida #ゼルビア #町田 pic.twitter.com/MUfp2L0Jo3
— TRI (@trinitasapo_12) October 11, 2019
Dalam video diatas, salah seorang penyokong setia Machida Zelvia cuba mendapatkan penjelasan mengapa tiada sebarang perbincangan dengan para penyokong dilakukan sebelum memutuskan untuk menukar nama kelab.
Sambil memberikan contoh sebuah kelab lain iaitu Tochigi FC yang telah mengadakan perbincangan bersama penyokong kelab apabila mahu menukarkan nama, beliau tidak dapat menahan rasa sebak apabila perkataan Zelvia bukan lagi menjadi nama kelab yang disokong sepenuh jiwanya.
“Saya guna duit kerja part time untuk menyokong kelab ini. Sejak dari kecil (sekolah rendah), sejak pertama kali saya hadir menyaksikan perlawanan Zelvia, saya cintakan Zelvia dan berada disini sekarang.
“Saya serahkan jiwa raga untuk menyokong Zelvia! Suara kami tidak dipedulikan ke?
Dalam video berdurasi 2 minit itu juga, beliau menyuarakan kenapa tidak menggunakan nama Tokyo Machida Zelvia, Machida Zelvia Tokyo dan sebagainya tanpa membuang perkataan Zelvia yang sudah sebati dalam jiwa mereka.
“Suara kami semua sebenarnya tidak dipedulikan ke? Adakah suara kami tidak didengari?”, sambil disambut tepukan oleh penyokong lain yang hadir.
“Kami sentiasa ada di stadium tempat lawan walaupun berapa harga (kos) sekalipun, membawa barangan berat..aku pergi, aku pergi!
“Aku suka Zelvia!.. itu saja.
Di akhir sesi tersebut, penyokong-penyokong FC Machida Zelvia yang berada didalam dewan terus melaungkan “Machida Zelvia, Machida Zelvia, Machida Zelvia” sambil bertepuk tangan seolah-olah sedang memberikan sokongan kepada pasukan di stadium.
泣きながら質問してた若きサポーターたちによる全力の「町田”ゼルビア”」コールでサポーターミーティングは終了…#jleague #zelvia #machida #ゼルビア #町田
トリニータ感あるね?🤣 pic.twitter.com/DPERZfJ2f0
— トリ (@trinitasapo_12) October 11, 2019
Ini menunjukkan betapa dekat dihati mereka nama kelab yang tersemat dihati sejak mula mengenali pasukan sehingga berkorban apa saja demi kebanggaan.
FC Machida Zelvia kini berada dikedudukan ke 19 dari 22 pasukan bertanding dalam saingan J2 League dengan baki 7 perlawanan bagi mengakhiri musim 2019.
Baca artikel lain berkaitan dengan bola sepak Jepun yang mungkin kita tidak pernah tahu mengenainya.
Struktur Liga Bawah 15 Tahun Jepun Yang Mungkin Tidak Ramai Tahu Mengenainya
Pesanan Hidetoshi Nakata Buat Penyokong Jepun Di Stadium Larkin Pada November 1997