Jepun yang kini merupakan salah sebuah gergasi bola sepak di Asia dilaporkan bakal melancarkan sebuah liga bola sepak profesional wanita tidak lama lagi menurut artikel dipetik dari Sponichi.

Menurut butiran laporan tersebut, liga profesional wanita itu akan dimulakan pada tahun 2021 dan akan mengikut kalendar liga bola sepak eropah dimana musim akan bermula sekitar bulan September atau Oktober dan tamat pada bulan Mac atau April.

Hierarki bola sepak wanita di Jepun paling tinggi kini dikenali sebagai Nadeshiko League dimana ada 10 buah pasukan amatur bertanding. Untuk maklumat juga, Nadeshiko League ini adalah liga amatur dan mempunyai 3 divisyen seperti penerangan dibawah;

  1. Plenus Nadeshiko League (Divisyen 1): 10 pasukan
  2. Plenus Nadeshiko League 2 (Divisyen 2): 10 pasukan
  3. Plenus Challenge League ( Divisyen 3): 12 pasukan

23545_1200x675_5dbd5750aa888

Dengan kewujudan liga profesional nanti, Nadeshiko League tidak akan ada sebarang perubahan dan kekal sebagai sebuah liga bola sepak amatur wanita di Jepun.

Liga profesional 2021 itu nanti dikatakan akan bermula dengan hanya 6 atau 8 pasukan bertanding, termasuk 17 orang pemain wanita Jepun yang beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Wanita 2019 – NTV Beleza (9 orang), INAC Kobe Leonessa (5) dan Urawa Reds (3).

Bagi Jepun, dimana bola sepak wanita masih tidak berjaya menarik kehadiran penonton yang baik atau perhatian dari pihak media, tetapi ia adalah satu visi yang besar. Ia juga sebenarnya adalah menunjukkan bahawa kejayaan dan reputasi program diperingkat kebangsaan sudah tidak mampu untuk mengejar perkembangan pesat sukan di dunia.

74814338_2479037268798246_3613167325391355904_n

Menurut Yuriko Saeki, salah seorang ahli jawatankuasa eksekutif J.League, memberitahu bahawa Jepun sudah terlewat untuk memulakannya, tetapi tetap percaya mampu mengejar negara-negara eropah dengan belajar dari permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Menjelang sepak mula pada 2021 nanti, masih banyak perkara yang bakal dibincangkan bagi mengelakkan masalah-masalah asas dapat diselesaikan seberapa segera dan melancarkan semua perancangan mewujudkan liga bola sepak profesional wanita di Jepun.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Fasiliti Kelab Divisyen 5 Jepun Ini Jauh Lebih Profesional Berbanding Majoriti Pasukan Liga Super Malaysia

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun