Jerman telah dimalukan oleh pasukan kerdil, Macedonia Utara dalam aksi kelayakan Piala Dunia di tempat sendiri.

Dalam aksi yang berlangsung di Duisburg, Jerman beraksi dengan teruk dan tidak cukup tajam. Jerman menguasai perlawanan namun penyerang veteran, Goran Pandev dan Eljif Elmas menunjukkan bahawa bola sepak itu lebih baik dimainkan dengan cara yang lebih mudah.

Low hanya melakukan dua pertukaran daripada perlawanan sebelum ini. Pasukan Low kali ini tidak cukup bagus dan banyak mempersia siakan peluang.

Dalam masa seminggu Jerman bertukar daripada pasukan luar biasa kepada pasukan yang teruk.

Low berkata: “Kita buntu dan gagal menemui cara untuk memecahkan pertahanan mereka yang bertahan sangat ke bawah. Organisasi kita di dalam kotak penalti tidak bagus.”

Ini merupakan kekalahan pertama Jerman dalam kelayakan piala dunia sejak 2001. Di mana ketika itu mereka tewas 1-5 di tangan England.

Jerman bernasib baik kerana pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti pada babak akhir perlawanan selepas bola terkena tangan Emre Can.

Jerman ada peluang untuk berada di hadapan daripada kedudukan 1-1, namun Werner gagal menyempurnakan peluang keemasan beliau. Dan akhirnya Eljif Elmas menjaringkan gol kemenangan lewat Macedonia Utara.

Low menyifatkan kegagalan Werner adalah turning point terbesar kepada kekalahan mereka.

Ini bukan kekalahan yang mudah diterima Jerman kerana mereka cuma ada beberapa bulan daripada kejohanan major.

https://twitter.com/news_bht/status/1377426583200276482?s=19

Baca juga artikel lain

Insiden Baling ‘Armband’, Fernando Santos Bela Ronaldo Kekal Kapten Portugal

RASMI: Sergio Aguero Tinggalkan City Akhir Musim Ini, Kelab Bina Tugu Penghormatan

Real Madrid Sedia ‘Pecah Tabung’ Dapatkan Haaland Dan Mbappe