Ketika perlawanan TM Piala Malaysia diantara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Sabah di Stadium Sultan Ibrahim semalam, timbul satu dakwaan bahawa marshall stadium dengan sengaja berdiri dihadapan kain rentang penyokong pelawat.
Beberapa jam selepas tamat perlawanan itu, JDT tampil dengan kenyataan rasmi untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menjelaskan mengenai insiden di Stadium Sultan Ibrahim dimana marshall dikatakan sengaja berdiri di hadapan kain rentang penyokong pelawat, kononnya menghalang kain rentang tersebut daripada pandangan.”
“Memang benar bahawa marshall berdiri mengelilingi penyokong Sabah tetapi ianya hanya kerana ingin membentuk ‘human barricade’ kerana penyokong Sabah ini tidak berada di kawasan tempat duduk khusus buat penyokong pelawat.”
Dia masuk tempat orang boleh buat apa dia suka, kita masuk tempat dorang banner pula kena tutup dengan marshall. Lucu sekali ya tuan tuan. pic.twitter.com/9A1XeQ3iA0
— North Borneo Ultras (@NBU5411) November 2, 2021
“Sabah FC tidak memohon sebarang peruntukan untuk penyokong lawan, hinggakan para penyokong Sabah FC hanya boleh membeli tiket di bahagian penyokong tuan rumah dan duduk bersama-sama mereka.”
“Ianya adalah satu niat yang murni buat kelab untuk membenarkan penyokong ini masuk ke stadium dan menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi untuk mereka.”
“Pihak kelab juga telah memberi amaran kepada marshall kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga terlebih awal dan sebaliknya menonton perlawanan, tidak memerhati penyokong.”
Diharapkan dengan penjelasan dari pihak kelab JDT ini dapat memberikan gambaran lebih jelas mengenai situasi kejadian tersebut.
Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Tonton Terjahan ‘Bayangan Maut’ Ke Leher Lawan Depan Pengadil Ini Hanya Dilayangkan Kad Kuning
Airfan Doloh Datang Bersembang Dengan Pemain Malaysia Guna Bahasa Malaysia Curi Tumpuan Media