Pemain tengah skuad Thailand U23, Airfan Doloh hadir bertemu dengan pemain-pemain dari Malaysia U23 dan ‘bersembang’ menggunakan Bahasa Malaysia, telah berjaya mencuri perhatian media Thailand dan juga netizen dari Malaysia.
Perkara ini telah dikongsikan oleh laman sosial Facebook rasmi bola sepak Thailand iaitu Changsuek.
Lebih mesra disapa sebagai Pang itu sebenarnya berasal dari Kampung Jambu Rendang, yang terletak di daerah Bacho, Narathiwat dimana kebanyakan dari penduduk dikawasan itu diketahui fasih menggunakan bahasa Malaysia loghat Kelantan terutamanya.
Hasil dari maklumat yang kami perolehi juga, bapa kepada Airfan Doloh iaitu Muhammad Yunainan itu pernah bermain bola sepak dengan pasukan SKMK Kelantan sekitar tahun 2002.
Nota: Airfan Doloh tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang lagi pemain Thailand dengan nama Elias Doloh, pemain pertahanan kelab Port FC.
Skuad Thailand U23 mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Malaysia U23 pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan kumpulan, dan tidak lama selepas itu mereka mengesahkan tempat ke pusingan akhir AFC U23 Asian Cup di Uzbekistan.
Airfan Doloh kini beraksi secara profesional dengan kelab Uthai Thani dalam saingan Thai League 2 diposisi defensive midfielder.
Terima kasih atas keperibadian yang baik diantara pemain-pemain yang lebih mengutamakan hubungan berbanding keputusan perlawanan.
Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Ini Struktur Liga U19 Jerman Yang Perlu Kita Tahu Untuk Lebih Faham Mengenai Isu Annil Vigneswaran
Tiket Vietnam Lawan Jepun ‘Sold-Out’ 28 Minit, Paling Murah RM91 Sehingga RM220 Sekeping!