Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan mereka layak digelar sebagai ‘raja’ bola sepak Malaysia apabila menewaskan KL City 2-0 pada aksi final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.
Baca Juga:
- KL City Berpeluang Jalani Latihan Pra Musim Di Sepanyol
- Harga Terlalu Mahal Punca JDT Tak Jadi Ambil Falcao
- Pemilik Baharu KL City Intai Peluang Kerjasama Dengan Kelab UAE
- JDT Didenda RM120,000 Kerana Bakar Suar Di Stadium Sultan Ibrahim
Bagaimanapun, kemenangan mereka tidak mudah kerana KL City menerapkan permainan bertahan sehingga menyukarkan jentera serangan Harimau Selatan mencari jaringan awal.
KL City pula turun dengan misi untuk menamatkan penantian 24 tahun selepas kali terakhir bergelar juara Piala FA ialah pada tahun 1999.
Skuad kendalian Bojan Hodak itu nyaris menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 15 selepas bola sepakan percuma yang diambil oleh Paulo Josue tiba di kaki Matko Zirdum namun penjaga gol JDT, Syihan Hazmi cemerlang menafikan percubaan itu.
KL City juga memperolehi peluang kedua untuk mendapatkan gol pada minit ke 35 tetapi malangnya rembatan T. Saravanan tersasar selepas menerima hantaran cantik daripada Romel Morales.
Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama selepas kedua-dua pasukan buntu dalam mencari jaringan pertama.
Memasuki separuh masa kedua, JDT bangkit dengan lebih garang sehingga memberi masalah kepada benteng pertahanan KL City.
Hasrat Bergson Da Silva untuk mencatat nama sebagai penjaring malam ini tidak menjadi kenyataan apabila jaringannya pada minit ke 58 dibatalkan oleh pengadil garisan kerana berada dalam kedudukan ‘offside’.
8 minit kemudian, Stadium Sultan Ibrahim kembali bergegar dengan sorakan ribuan penyokong apabila pemain tengah JDT, Hong Wan menjaringkan gol pertama menerusi rembatan cantik dari luar kotak penalti.
Piala FA 2023
Johor Darul Ta'zim 1-0 Kuala Lumpur City
66' Hong Wan Golazooo!#DemiLigaKita #FinalPialaFA2023 #JDTKLC pic.twitter.com/edp6mtCn6z
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 22, 2023
Ini adalah jaringan pertama Hong Wan bersama JDT sejak menyertai pasukan itu pada musim 2021. Gol itu turut membangkitkan semangat pemain Harimau Selatan untuk terus mengandakan asakan.
Pada minit ke 73, giliran Leandro Dos Santos pula mencatat nama sebagai penjaring selepas merembat masuk gol kedua dalam situasi kelam kabut di kawasan kotak penalti.
Piala FA 2023
Johor Darul Ta'zim 2-0 Kuala Lumpur City
74' Gol Leandro Velázquez#DemiLigaKita #FinalPialaFA2023 #JDTKLC pic.twitter.com/OgJodOstKn
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 22, 2023
Tersentak dengan jaringan tersebut, KL City cuba bangkit namun mereka berdepan dengan masalah ketumpulan penyudah sehingga memaksa Bojan Hodak menurunkan seorang lagi penyerang import, Kipre Tchetche.
KL City terus buntu mencari gol pertama walaupun pengadil telah memberikan masa tambahan sebanyak 5 minit.
Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan JDT terus mempertahankan Piala FA selepas memenanginya tahun lepas. Ini juga adalah kejuaraan Piala FA yang ketiga dalam kabinet JDT selepas musim 2016 dan 2022.