JDT yang telah ditabalkan sebagai juara CIMB Liga Super 2020 minggu lalu, kini diambang untuk mencatatkan satu lagi pencapaian dalam saingan domestik dengan status ‘The Invincibles’ buat kali ke-2 dalam tempoh 5 tahun.

Perlawanan terakhir saingan liga esok diantara JDT bertemu pasukan Melaka akan menentukan samada mereka mampu mengecapi status tersebut atau tidak dan persoalan itu lebih terarah mampukah Melaka menjadi penghalang bagi musim ini?

Musim 2019, JDT nyaris melakukan perkara yang sama namun tewas mengejut 0-1 kepada pasukan PJ City di Larkin pada perlawanan ke-21 liga telah merencatkan impian mereka pada ketika itu.

67082291_2584141954949752_5396145663144624128_n

Musim ini, JDT berpeluang untuk mencipta rekod yang sama seperti yang pernah dilakukan pada 2016 apabila mereka bergelar ‘The Invincibles‘ selepas tidak mencatatkan sebarang kekalahan sepanjang saingan liga.

Diatas kertas, pasukan Melaka kini berada dikedudukan ke-11 liga mungkin tidak akan menghadirkan cabaran hebat untuk JDT, namun segalanya mampu ‘diterbalikkan’ apabila beradu kekuatan diatas padang malam esok.

Stadium Hang Jebat menjadi saksi JDT merangkul gelaran Liga Super Malaysia buat kali keenam berturut-turut dan tahun ini ianya mungkin sekali lagi menjadi lokasi untuk JDT mencipta sejarah sekali lagi.

121056038_4450985394973931_1270261380153253873_o

Apakah Stadium Hang Jebat mampu menjadi penghalang buat kali kedua berturut-turut untuk JDT mencapai ‘The Invincibles’ kali ke-2 mereka?

Sama-sama kita saksikan esok.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

2 Slot Peringkat Kumpulan AFC Cup 2021 Jadi Rebutan, Ini Cara Menentukan Pasukan Yang Akan Layak

Ini Senarai ‘Owner’, Nama Syarikat Dan Pengarah 21 Buah Kelab Dalam Saingan Liga Super Dan Liga Premier Malaysia