Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan Pusat Medikal & Kecergasan kelab terbaharu di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam hari ini.
Pusat Medikal & Kecergasan, yang mana ianya dilancarkan secara virtual menerusi siaran video yang memperkenalkan kemudahan fasiliti ini, merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan akan menempatkan para doktor dan pakar fisioterapis sepenuh masa.
JDT membuktikan mereka adalah peneraju bola sepak utama di rantau ini dari segi infrastruktur, kejayaan dalam padang, inovasi, jenama dan pembangunan.
Meskipun telah dilengkapi dengan kemudahan fasiliti terbaik, penambahan infrastruktur terbaharu Harimau Selatan ini menyaksikan peralatan baharu dan kepakaran untuk memastikan para pemain berada pada tahap optimum.
“Kami ingin menyediakan kemudahan dan fasiliti-fasiliti yang terbaik untuk para pemain kami. Ini termasuk fasiliti serta peralatan rehabilitasi dan pemulihan agar setiap pemain dapat memberikan prestasi yang terbaik,” titah pemilik JDT DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
“JDT adalah sebuah kelab yang bercita-cita untuk sentiasa meletakkan penanda aras dan meningkatkan standard… bukan sahaja dalam negara, tetapi juga luar negara. Kemudahan fasiliti dan kejayaan kami akan terus membina profil JDT dan membawa manfaat untuk masa depan.”
Pusat Medikal & Kecergasan ini bakal dilengkapi dengan ‘juice bar’ untuk minuman dan makanan sihat, dua mesin baharu ‘Infrared Sauna’, ‘Functional Trainers’, ‘Smith Machines’ dan peralatan medikal seperti mesin ‘Echocardiogram’ dan alatan untuk terapi asid Hyaluronic dan ‘platelet-rich plasma’.
Hab ini juga turut mempunyai ‘indoor running surface’ yang diperbuat daripada ‘high-density polyethylene’ dan diperkukuh dengan getah untuk mengurangkan impak kepada sendi.
Semua peralatan ini adalah tambahan kepada mesin terapi oksigen dan hidrogen serta pelbagai lagi peralatan gimnasium dan medikal yang sudah dibeli pada tahun-tahun sebelum ini.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
“Persepsi Mereka Tengok Aku Datang Sebab Publisiti, Bola Pun Orang Tak Nak Pass.” – Hidetoshi Nakata