Juara Liga Super 8 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melancarkan jersi NIKE Home & Away 2022 di Stadium Sultan Ibrahim malam ini dan berpotensi disaksikan oleh lebih 75 juta penonton dari seluruh dunia.
Menurut kenyataan rasmi JOHOR Southern Tigers, mereka juga akan mengumumkan barisan penaja baharu pada hari ahad ini dan juga pelancaran eksklusif global oleh seorang artis terkenal antarabangsa minggu depan.
“JDT berpotensi meraih jumlah melebihi 75 juta tontonan audiens apabila beberapa usaha strategik, yang dimulai dengan video Pelancaran Jersi JDT 2022 sebagai Bahagian 1 malam ini, akan lengkap sepenuhnya dalam beberapa minggu akan datang.
“Tambahan kepada acara Pelancaran Jersi JDT Nike Home & Away 2022 pada jam 9 malam hari ini, Harimau Selatan juga akan mengumumkan penaja baharu bernilai jutaan Ringgit pada Ahad ini dan beberapa minggu kemudiannya, satu pelancaran eksklusif global untuk JDT oleh seorang artis terkenal antarabangsa,” tulis kenyataan rasmi.
WHY POTENTIALLY OVER 75 MILLION VIEWERS FOR JDT?
JDT will have a potential audience of over 75 million viewers when a series of strategic efforts, which starts with the 2022 JDT Jersey Reveal video as Part 1 tonight, takes full flight in coming weeks.
[1/4] pic.twitter.com/9yg4ojLeNV
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 18, 2022
Malah, Pelancaran Global ini bakal mengukuhkan jenama JDT di peringkat antarabangsa dan mereka berpeluang menembusi pasaran Amerika Syarikat.
“Pelancaran global ini akan membenarkan JDT menembusi pasaran Amerika Syarikat sekaligus menjadikan Harimau Selatan lebih menonjol dan mempertingkatkan kekuatan jenama.
“Penaja baharu JDT juga akan membawa banyak ‘visibility’ kepada kelab ini di seluruh pelusuk dunia, dan antara ciri kerjasama itu termasuk penyiaran ‘Docu-series’ JDT ‘Fearless: Rise of the Johor Southern Tigers’ kepada jutaan penonton di seluruh dunia,” kata kenyataan rasmi.
Selain pelancaran jersi malam ini, terdapat juga Pertunjukan ‘Laser & Effects’, Persembahan nyanyian, Karnival Mini Keriangan dan Permainan serta deretan Kedai-kedai Makanan Minuman dalam satu malam yang penuh keterujaan.
Para penyokong JDT juga berpeluang menjadi antara terawal mendapatkan jersi JDT Nike Home & Away 2022 yang turut dijual di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Kemasukan adalah percuma bermula jam 6 petang ini serta wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Tindak Balas Endrick Dos Santos Punca Insiden Pergaduhan Berlaku
Kim Pan-gon Bakal Adakan “Interview” Dengan Tujuh Calon Pembantu Jurulatih