Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menaik taraf padang yang digunakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos dengan menggunakan jenis rumput Zeon Zoysia.

Perkara ini dikongsikan oleh Pengarah Teknikal kelab iaitu Alistair Edwards dimana pihaknya memutuskan untuk menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia kerana rumput tersebut turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

“JDT akan menaik taraf akan menaik taraf padang ‘cow grass’ Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada rumput jenis Zeon Zoysia yang sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim.

“Selepas selesai di Larkin, Harimau Selatan juga akan menaik taraf padang-padang bola di Stadium Pasir Gudang dan Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam kepada rumput jenis yang sama.

“Penambahbaikan ini adalah sebahagian daripada usaha kawalan kualiti berterusan kelab untuk memastikan fasiliti bola sepak JDT berada di tahap yang terbaik,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

Permukaan padang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos menarik perhatian pada akai pembukaan antara Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menentang TRW Kelantan pada Sabtu lalu.

JDT
Sumber Gambar: JST

Permukaan padang ketika perlawanan Sabtu lalu dilihat tidak rata dan ada rumput yang tercabut di beberapa bahagian padang.

Bermula musim 2021, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos menjadi markas utama bagi skuad pembangunan JDT manakala pasukan utama menggunakan Stadium Sultan Ibrahim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Terengganu Bantah Waktu Sepak Mula 8.15 Malam, Mahu MFL Tukar Kepada 9.00 Malam

Perak Gagal Penuhi Janji, Pemain Masih Belum Terima Gaji

Unik! Selangor Lancar Jersi Istimewa Untuk Menghargai 1,812 Pemegang Pas Bermusim 2020