Pasukan Perak dilaporkan gagal untuk mengotakan janji mereka untuk melunaskan tunggakan gaji pemain apabila pemain masih belum menerima gaji.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pasukan tersebut berhutang dua bulan gaji dengan pemain baharu dan empat bulan gaji kepada pemain lama.

Tinjauan kami di laman media sosial pemain dan staf kejurulatihan Perak mendapati mereka nyata kecewa kerana pengurusan pasukan gagal untuk mengotakan janji mereka dimana gaji akan dibayar selewat-lewatnya pada 7 Mac.

“Perak FC telah meminta para pemain mereka untuk menunggu sehingga 7 Mac, selepas laporan mengenai gaji tidak berbayar diperkatakan di media sosial. Para pemain dilaporkan belum menerima gaji mereka untuk 2 bulan terakhir ini.

“Muhammad Yunus Zakariah, Ketua Pegawai Eksekutif pasukan menyatakan bahawa pihak pengurusan akan membuat pembayaran itu selewat-lewatnya pada 7hb Mac seperti yang
dinyatakan dalam kontrak masing-masing.

“Beliau juga berkata bahawa kelab bercadang
untuk menyelesaikan semua tunggakan kepada pemain sedia ada, atau sekurang-kurangnya bayaran bulan pertama terlebih dahulu,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

Perak
Sumber Gambar: Instagram
Perak
Sumber Gambar: Perak

Masalah tunggakan gaji ini nyata memberi impak yang mendalam terhadap persiapan mereka menjelang saingan Liga Malaysia musim 2022.

Perak terpaksa menggunakan pemain dari skuad musim lalu setelah mereka dikenakan hukuman digantung dari menandatangani pemain baharu ekoran belum menyelesaikan tunggakan gaji sedia ada.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Perak terpaksa menggunakan jersi pra musim untuk menghadapi saingan Liga Premier dan jersi rasmi pasukan hanya akan tersedia pada bulan April atau Mei.

“Mengenai jersi rasmi pasukan, Yunus berkata penaja jersi masih kekal Lotto, walaupun pelbagai spekulasi telah dibuat di media sosial. Seperti yang diumumkan di forum peminat pada 5 Januari lalu, jersi pasukan untuk beberapa perlawanan yang pertama adalah menyamai jersi yang dipakai semasa perlawanan pra-musim.

“Jersi rasmi pasukan Perak untuk musim 2022 yang akan dijual kepada para peminat akan diperkenalkan dalam bulan April atau Mei.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Unik! Selangor Lancar Jersi Istimewa Untuk Menghargai 1,812 Pemegang Pas Bermusim 2020

Kemelut Memalukan Berakhir, PAFA Digantung Enam Bulan

Piala FA Bakal Jadi Mangsa Jika Penularan Wabak COVID-19 Meningkat