Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan prestasi hebat dalam aksi pra musim di Dubai, apabila menewaskan kelab UAE, Shabab Al Ahli, 1-0 semalam.
Ini adalah perlawanan persahabatan kedua skuad Harimau Selatan selepas mereka mencatat keputusan seri, 2-2 ketika menentang kelab dari Slovakia, MSK Zilina. Shabab Al Ahli juga adalah antara pasukan yang beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini dan kini menghuni kedudukan ketiga dalam Liga Arabian Gulf UAE.
Dalam perlawanan ini, JDT menurunkan kesebelasan utama yang hampir sama ketika aksi menentang MSK Zilina kecuali di bahagian tengah dengan memasukkan Afiq Fazail dan Leandro Dos Santos.
Pemain import baharu, Moussa Sidibe muncul sebagai wira apabila melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk gol pertama JDT selepas menerima hantaran daripada Hong Wan pada minit ke 60.
Ia juga merupakan jaringan kedua beliau dalam siri perlawanan persahabatan dan dijangka menjadi pilihan Benjamin Mora untuk beraksi di posisi serangan berganding dengan Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
HIGHLIGHTS: SHAHBAB AL AHLI FC 0 – 1 JOHOR DARUL TA'ZIM FC
Watch the full video on our YouTube channel at https://t.co/32UatjazEe#JDT#Preseason#JDTInDubai#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/d2sLEtjDVt
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 28, 2022
JDT juga berpeluang menambah gol kedua menerusi rembatan Danial Amir namun percubaannya tersasar. Kemasukan dua pemain sayap iaitu Akhyar Rashid dan Ramadhan Saifullah banyak membantu mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan.
Malah, Syahmi Safari dan Carli De Murga sempat membuat penampilan sulung apabila dimasukkan pada separuh masa kedua.
Syahmi Safari dan Carli de Murga pamer aksi cemerlang pada penampilan pertama bersama JDT dalam aksi pra musim bertemu Shabab Al-Ahli di Dubai. pic.twitter.com/VnEWqooFWw
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 28, 2022
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Selepas ini, skuad Harimau Selatan dijadualkan menentang kelab dari Latvia, Riga FC pada 29 Januari 2022. Kemudian, mereka akan berentap dengan dua kelab dari Rusia, Rodina Moscow dan Spartak Moscow.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Tiada Lagi Zainal Abidin, Melaka United Umum Risto Vidaković Sebagai Ketua Jurulatih Baharu
Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu
FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak