Sri Pahang FC (SPFC) akhirnya menamatkan kemarau kemenangan selepas dua perlawanan apabila menewaskan PJ City 1-0 di Stadium Darul Makmur.
Dalam perlawanan ini, tok gajah bermula dengan garang dan kerap menguji benteng pertahanan PJ City yang dibarisi sepenuhnya oleh pemain tempatan dengan beberapa percubaan berbahaya.
Usaha mereka mengandakan serangan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang import dari Myanmar, Aung Kaung Mann menyudahkan lorongan cantik daripada Fazli Mazlan untuk gol pertama Sri Pahang pada minit ke 15.
15' Gol | Sri Pahang FC kini berada di depan hasil jaringan Aung Kaung Mann!@OfficialPahang 1-0 @pjcityfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/E7MenDvaKE
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 1, 2021
Tersentak dengan jaringan tersebut, pelawat bangkit mengaturkan serangan dan mereka memperolehi peluang terbaik pada minit ke 34 namun dikecewakan dengan ketumpulan penyudah.
Tuan rumah juga hampir menjaringkan gol kedua melalui Kenny Athiu pada minit ke 45 tetapi tandukannya tersasar. Sebelum itu, Kenny jelas berdepan masalah untuk melepasi benteng pertahanan lawan. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Enggan membenarkan perlawanan berakhir dengan keputusan seri, Tok Gajah terus mengandakan asakan bertubi-tubi ke kubu pelawat di separuh masa kedua. Bagaimanapun, deretan peluang keemasan masih gagal disudahkan oleh Kenny Athiu dan Aung Kaung Mann serta Abdul Malik Arif.
Tidak banyak percubaaan berbahaya dilakukan oleh PJ City apabila mereka kelihatan sukar untuk melepasti benteng pertahanan tuan rumah yang dikawal oleh Herold Goulon. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Perlawanan Melibatkan KDA Dan Kuching City Ditunda Ke Tarikh Baharu
Liga Super 2021: Kebangkitan Babak Kedua Beri Kemenangan Buat JDT Atasi UiTM FC
Liga Super 2021: Terengganu Berpesta, Belasah Perak Di Gong Badak