Sadio Mane rasminya digantung oleh kelab daripada tugasan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Baca Juga:
- Mane Menumbuk Muka Sane Sehingga Pecah Bibir
- Senegal Cari Bomoh Untuk Sembuhkan Mane
- Sadio Mane Alami Kecederaan, Kurang 2 Minggu Sebelum Piala Dunia
Ianya berikutan insiden di mana Sadio Mane menumbuk muka Leroy Sane.
Mane dan Sane bertelagah di dalam padang dan kemudian berlarutan sehingga ke bilik persalinan.
Kejadian itu berlaku di Stadium Etihad pada aksi suku akhir pertama Liga Juara Juara Eropah.
Di mana Man City dengan mudah menewaskan Bayern 3-0.
BILD melaporkan bahawa Sadio Mane yang marah kerana Leroy Sane mengeluarkan kata kata kesat kepadanya, telah menumbuk muka Sane sehingga bibir pemain itu cedera.
Leroy Sane appears to hide his lip injury after Sadio Mane punched his Bayern teammate in a bust-up after their defeat to Man City 📸 pic.twitter.com/RJPSlUEu8r
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 13, 2023
Kedua dua pemain terpaksa dileraikan rakan sepasukan, bimbang kejadian lebih buruk berlaku.
Thomas Tuchel bersemuka dengan Sadio Mane di pejabatnya. Dan menyatakan jenis hukuman yang boleh dikenakan ke atas Mane. Termasuk denda, penggantungan atau pengasingan.
Semalam, dalam satu kenyataan media, Bayern mengesahkan bahawa Sadio Mane digantung daripada tugasan berikutan pelanggaran disiplin yang berlaku.
Tidak pasti sampai bila Mane akan digantung oleh kelab itu.
Insiden ini dilaporkan tidak akan menjejaskan kedudukan Sadio Mane dalam projek masa depan Bayern Munich.
Pemain itu baru menyertai Bayern musim ini dari Liverpool. Setakat ini prestasi Mane masih tidak mencapai standard yang diharapkan.
Ini juga ditambah dengan masalah kecederaan yang melandanya musim ini termasuk membuatkan dia terlepas Piala Dunia 2022 yang lalu di Qatar.