Pemain Fulham, Aleksandar Mitrovic menerima padah atas perbuatannya dan digantung 8 perlawanan.

Baca Juga:

Ini selepas pemain itu menolak pengadil, Chris Kavanagh dalam perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford beberapa minggu lalu dalam aksi Piala FA.

Mitrovic bertukar daripada hero menjadi zero selepas gagal mengawal dirinya dalam perlawanan tersebut.

Mitrovic sebenarnya meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-50.

Kira kira 20 minit selepas gol itu, Man United mendapat penalti, selepas Willian menyelamatkan bola dengan tangannya.

Pengadil Chris Kavanagh pergi ke monitor VAR untuk menilai sama ada ianya handball atau sebaliknya.

Di tepi padang pengurus pasukan, Marco Silva melakukan protes berlebihan dan dia dilayangkan kad merah terlebih dahulu.

Selepas selesai menyemak VAR, Chris Kavanagh melayangkan kad merah buat Willian dan penalti untuk Man United.

Mitrovic yang tidak berpuas hati dengan pengadil telah bertindak menolak pengadil dan ianya membuatkan pengadil melayangkan kad merah kepadanya.

Bruno Fernandes menyempurnakan penalti tersebut. Dan Fulham mendapati diri mereka dalam sengsara kerana diri sendiri.

Akhirnya melepaskan 2 lagi gol selepas itu. Untuk membolehkan Manchester United menang 3-1.

Man United benar benar mengambil kesempatan menerusi kelebihan 2 pemain yang mereka ada. Dua gol tambahan itu adalah menerusi Marcel Sabitzer dan 1 lagi gol Fernandes.

Man United akan menentang Brighton pada aksi semifinal yang akan dilangsungkan di Wembley.

Berbalik kepada tindakan Mitrovic yang dianggap agresif ke atas pengadil menyebabkan dia digantung 8 perlawanan.