Pemain skuad B-22 tahun Thailand, Ben Davis yang beraksi bersama Fulham berpeluang untuk mencipta sejarah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Baru-baru ini, Fulham melayakkan diri ke divisyen pertama liga bola sepak England itu setelah menewaskan Brentford di perlawanan play-off dengan keputusan 2-1 sekaligus menyertai Leeds United dan West Bromwich Albion.

EPL
Ben Davis

Davis yang mempunyai darah Thailand dari ibunya beraksi bersama skuad pembangunan Fulham sejak 2017 dan beliau baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun.

Jika Davis menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad pembangunan, tidak mustahil pengurus Fulham, Scott Parker akan memberi peluang kepada pemain berusia 19 tahun itu untuk tampil di EPL sekaligus menjadi pemain Thailand pertama beraksi di EPL.

EPL
Sumber Gambar: GiveMeSport

Sebelum ini, Thailand mempunyai tiga pemain yang pernah mengikat kontrak bersama kelab dari EPL. Tiga pemain tersebut ialah Teerasil Dangda, Suree Sukha dan Kiatprawut Saiwaeo yang diikat Manchester City pada musim 2007/2008 lalu.

Namun ketiga-tiga pemain ini tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama dan hanya memanaskan bangku simpanan.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

Suphanat Mueanta Genap 18 Tahun, Rekodkan 12 Jaringan Dalam 50 Penampilan, Penjaring Termuda AFC Champions League

Chanathip Cipta Sejarah Di J. League, Jadi Pemain Thailand Pertama Dilantik Ketua Pasukan

Ejen Baharu Hantar Profil Chanathip Songkrasin Ke Kelab Bundesliga