Erling Haaland melonjakkan Manchester City ke puncak Liga Perdana Inggeris apabila juara bertahan itu bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang 2-1.
Baca Juga:
- Van Dijk: Kami Perlu Berada Di Tahap Terbaik Untuk Kekang Erling Haaland
- Guardiola Nafi Klausa Pelepasan Haaland Boleh Sertai Real Madrid
- Schmeichel: Haaland Adalah Kombinasi Ibrahimovic & Ronaldo
Manchester City berkeringat untuk meraih 3 mata selepas Joao Cancelo dibuang padang.
Pasukan Pep Guardiola mendahului menerusi gol separuh masa pertama Julian Alvarez di Stadium Etihad.
Alvarez mengetuai serangan Manchester City dengan Erling Haaland diletakkan di bangku simpanan.
Fulham menyamakan kedudukan sebelum rehat apabila Andreas Pereira menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan kerana kekasaran Cancelo terhadap Harry Wilson.
Akibat kekasaran itu, bek kiri Man City itu dilayangkan kad merah dan membuatkan skuad bimbingan Pep Guardiola terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Tetapi bintang sensasi dari Norway, Erling Braut Haaland menjadi wira kemenangan Manchester City sekali lagi selepas terlepas dua perlawanan terakhir kerana sakit dan masalah kaki.
Sebagai pemain gantian, Haaland menjaringkan penalti pada masa kecederaan untuk menjaringkan gol ke-23 dalam 16 penampilan kompetitif beliau bersama City sejak perpindahan musim panas lalu dari Borussia Dortmund.
Kekasaran Antonee Robinson ke atas Kevin De Bruyne pada minit ke-90 membolehkan Man City diberikan sepakan penalti yang dirembat oleh penyerang Norway Haaland melepasi Bernd Leno.
Gol Haaland itu berjaya melonjakkan City ke puncak Liga Perdana Inggeris.
Erling Haaland has as many Premier League goals as his dad after just 12 games 👏 pic.twitter.com/n1e7NqGJuy
— ESPN UK (@ESPNUK) November 5, 2022
Haaland mengakui bahawa ianya adalah salah satu detik paling mendebarkan dalam hidupnya. Di mana dia perlu menjaringkan gol untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.
Kemenangan liga ketujuh berturut-turut City di tempat sendiri melonjakkan mereka satu mata di atas pendahulu, Arsenal.
Namun Arsenal kembali ke tangga teratas dengan kemenangan ke atas seteru London, Chelsea pada hari Ahad.