Permulaan sempurna Arsenal diteruskan lagi untuk 4 perlawanan pertama. Kali ini Arsenal bangkit daripada ketinggalan dan menang 2-1 di Emirates. Kemenangan yan disifatkan oleh Arteta sebagai ugly win.

Dalam beberapa aksi lain, Liverpool menang 9-0 ke atas Bournemouth, Manchester City menang 4-2 ke atas Palace, Chelsea menang 2-1 ke atas Leicester dan Man United menang 1-0 ke atas Southampton.

Mikel Arteta memuji ketabahan dan kesabaran Arsenal kerana mereka membuktikan kemampuan mereka untuk menang dengan ‘tak cantik’ menentang Fulham.

Arsenal sekali lagi membuktikan walaupun mereka bergelut dengan taktikal namun masih boleh memenangi perlawanan. Ciri ciri yang harus ada pada pasukan juara.

Namun begitu, buat masa ini, Arteta masih belum melaungkan cabaran kejuaraan walaupun sudah 4 kemenangan daripada 4 perlawanan pertama.

Permulaan sempurna Arsenal membolehkan mereka kekal satu satunya pasukan dengan 100% kemenanga. 12 mata daripada 4 perlawanan, kekal di puncak liga di atas Manchester City.

Pemain bek tengah Gunners, Gabriel Magalhaes menjadi racun dan penawar untuk Arsenal. Kesilapannya telah menghadiahkan Aleksandar Mitrovic gol pembukaan.

Kapten Martin Odegaard menyamakan kedudukan menjelang sejam aksi. Odegaard membuktikan bahawa dia mampu mengendalikan tekanan sebagai kapten dengan sebaik mungkin setakat ini.

Arteta Lantik Odegaard Kapten Baharu Arsenal: “Dia Mewakili Nilai Kelab Ini”

Dan Gabriel menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85, untuk memastikan Arsenal memulakan musim dengan empat kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak 2004.

Arsenal secara rutin dikritik kerana dianggap kurang perwatakan selama bertahun-tahun kebelakangan ini, tetapi kejayaan hari Sabtu menunjukkan pasukan mereka yang ada pada hari ini semakin menunjukkan karakter Arsenal yang dirindui peminat.

“Ia menyemarakkan semangat kami, menang seperti ini [menang dengan cara tak cantik] sangat bagus,” kata Arteta.

“Kami membuat kesilapan dan mereka menghukum kami tetapi bagaimana kami bertindak balas terhadap kesukaran, hubungan dengan penyokong, cara kami melakukannya, pasukan ini ada kepercayaan dalam diri.”

“Mereka mahu memenangi perlawanan itu, mereka berjaya melakukannya dan kami berjaya melakukannya.”

Arteta tidak terpengaruh dengan sebarang perbincangan tentang cabaran gelaran Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Kerana baginya, liga adalah marathon, dan Arsenal baru berada di garisan permulaan.

“Tidak, ia hanyalah permulaan musim ini,” katanya ketika ditanya sama ada mereka sudah berada dalam perebutan kejuaraan.

“Ini adalah maraton yang panjang. Kekal rendah diri, dan lapar [dengan kemenangan].”

Arsenal akan berdepan Aston Villa pada Rabu depan sebelum bertandang ke Old Trafford empat hari kemudian.