Karier sebagai pengadil bola sepak profesional dirantau Asia Tenggara mungkin masih belum mencapai tahap seperti dibeberapa negara kuasa bola sepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan dari segi bayaran yang diterima.
Tidak dinafikan bayaran atas kemahiran yang mereka ada itu sebenarnya perlu setimpal untuk membantu mereka lebih ‘senang’ untuk mempertingkatkan lagi kualiti kepengadilan justeru membantu industri bola sepak itu sendiri.
Namun tidak ramai yang tahu berapa sebenarnya bayaran samada gaji atau elaun yang diterima oleh mereka ini mengikut ‘jawatan’ mereka diatas padang.
Dalam saingan Thai League, berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh SiamSport hari ini mereka telah menyenaraikan bayaran yang diterima oleh semua pengadil yang terlibat dalam perlawanan disana.
Pastinya, pengadil utama perlawanan menerima bayaran paling tinggi tetapi menarik juga untuk kita ketahui berapakah bayaran yang diterima oleh pembantu pengadil, pengadil ke-4 dan juga VAR (Thai League menggunakan VAR).
Berikut adalah senarai bayaran yang diterima oleh pengadil perlawanan dalam saingan Thai League;
- Pengadil Utama: THB9,500 atau RM1250 untuk setiap perlawanan.
- Pembantu Pengadil: THB7,500 atau RM990 untuk setiap perlawanan.
- Pengadil VAR: THB7,500 atau RM990 untuk setiap perlawanan.
- Pengadil ke-4: THB4,000 atau RM530 untuk setiap perlawanan.
Menurut artikel itu lagi, Thailand kini memiliki 6 pengadil serta 8 pembantu pengadil yang diiktiraf FIFA, namun jika diperhatikan semula pengadil dalam saingan Thai League mempunyai beberapa isu kontroversi dalam beberapa tahun terkini.
Tiada maklumat yang tepat mengenai berapakah bayaran yang diterima oleh seorang pengadil dalam saingan Liga Malaysia setakat ini, dan maklumat akan dikemaskini sekiranya ada informasi sahih mengenai nanti.
Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.
‘Ekor’ Harimau Malaya Terlalu Bising Di Stadium, Hampir Mustahil Untuk Dengar Arahan Dalam Padang
Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?